23 March 2012

Dirampok



Akan tiba suatu masa yang saya akan jadi penat dengan kita. Saya tahu ini bakal jadi mimpi ngeri, bakal jadi kegerunan buat awak dan juga saya. Oleh itu saya nak kasi tahu awal awal yang saya tak ada tangkal mimpi bagi menghadang mimpi ngeri itu dari terjadi. Saya juga dalam ketakutan membilang hari bila waktu itu akan sampai. Akan sampai ke?

Hidup saya penuh hiruk pikuk walaupon saya tak bergaul dengan orang sangat. Saya dah cukup serabut. Awak tak ada. Mungkin kalau awak reachable tak ada lah saya meroyan sangat.. Saya rasalah.

Saya nak kasi tahu awak satu perkara supaya awak tak terkejut nanti. Saya dah tak ada rupa manusia. Yakin & percaya semua sudah dirompak oleh manusia lain yang bertopengkan perhatian & kasih sayang. Yakin & percaya yang saya bawa dari Tanah Besar saya bazirkan pada manusia-manusia yang saya fikir mereka kasihkan saya, boleh berkongsi suka duka. Saya dah muflis besar awak... Sedangkan si peminta sedekah di luar pagar universiti lebih kaya ria daripada saya. Sekurang-kurangnya mereka masih kuat menagih simpati. Poket keberanian saya dah tinggal habuk awak...

Kerana saya dah hilang yakin & percaya itu, awak terkena tempiasnya sekali. Masa pula memberatkan bahu. Setiap pilihan yang saya cabut nampak tak ada masa depan. 

Dan sebenarnya.....

Segolongan meleikat berasal dari tanah melayu di sini berkelakuan keji seperti dementor; mencabut rasa selesa & memori bahagia jauh dari aku. Mereka tak ubah seperti gibrail yang turun dari langit, menggila hukum manusia & berlagak hebat dari penciptanya sendiri. 

Aku harap Tuhan dengar doa aku supaya Dia bakar semua hati hitam kamu & gantikan ia dengan yang baharu. Supaya kamu lebih bersikap insani.

Lalu.....

Berdansa sa-orang lah.