30.3.12

21 and counting.

Mak sayang, mak adalah perempuan pertama yang saya cinta dunia akhirat. Saya cintakan kakak dan adik-adik perempuan saya, sepupu karib saya dan mereka adalah golongan perempuan kedua. Ketiganya Khadijah isteri pertama Muhammad s.a.w & Fatimah anak baginda. Keempat adalah sahabiah di sekeliling saya. Terakhir adalah guru-guru perempuan saya. Kenapa guru saya letak yang kelima? Sebab saya peruntukan masa yang sedikit dengan mereka di sekolah tetapi akan selalu saya sebut paling kurang lima kali sehari, sejak pmr sampai sekarang. Ya, saya hanya pandai nak mendoakan orang sejak nak PMR. -.-'

Minggu ni minggu yang sangat hectic dan bakal berlarutan sampai lah tamat bulan June nanti insyaallah. Dan dalam masing-masing (teman serumah & aku juga) busy ni, sempat kami meraikan satu sama lain. Bersempena tahun ni tahun kami menginjak umur (memandangkan antara kami bertiga, aku yang diberanakkan dahulu, makanya aku lah yang paling tua). Naik pangkat ke alam 20-an. Alhamdulillah kesempatan untuk baik pulih tabung amalan masih diberi Tuhan.

Terima kasih Nash & Aisyah & Unni Mira & Izyan & Jue yang bersusah payah merancang prank & birthday party buat aku (alahai bukan semata untuk aku, kita seronok dan makan-makan sama-sama kan?) paling asyik sebab ini pertama kali buat aku. Sebabnya seumur hidup aku tak pernah ada surprise begini tambah pula aku memang tak suka kejutan. Trimas buat hadiah. Dan yang paling utama, terima kasih kerana ingat. Itu je yang penting, terkesan buat aku. Lain-lain tak ada pon tak apa..

Daripada girlfriends saya. Ni first time kot dapat kad glitter gini.
Ok tipu. Masa sekolah dulu dapat juga daripada juniors. Aku kakak besar kegemaran diaorang kot. 

Bulan Mac yang bertuah ni menyambut hari terberanaknya saya dan seorang sahabat saya, Muhammad. 
Muhammad dah 22. Aku muda lagi..19. Ehem. 
Punyalah seminggu aku tuntut kek baru today dapat hahaha Cheesecake with caramel, strawberry & chocolate toppings. Pergh...sakit gigi aku makan benda manis. 
Tapi kasih sayang awak semua lagi manis :P

Kalau mak ada, mak selalu tanya "Apa motto kakak kali ni? Dah besar panjang anak mak.."
This time around although mak tak ada depan mata, kakak still akan jawab juga;
"Kurangkan mencarut. Menjadi lebih jujur dan merendah diri."


Disebabkan Ashraf selalu dengar saya mengadu asyik kena buli dengan meleikat calit satu di sini, jadi dia 'nyanyikan' lagu ni untuk saya. And i love you too.