06 February 2012

Maulud Rasul


Kashmir July 2010 Muslim women pray during the Meeraj-un-Nabi celebrations at the Hazratbal shrine in Srinagar. 


Sambutan Maulud Nabi di kawasan setempat biasa-biasa sahaja. Tak ada perarakan besar-besar, sepanduk serba warna warni dengan bunga pahar dijunjung tinggi. Tak ada apa. Kerana hati sudah tiap kali mengingat, bibir selalu basah berzikir, memuji. Yang penting mereka faham, mereka rasa dekat. Dan bukan aku nak kata apa, kalau balik ke tanah air, menyambut maulud sudah seperti satu culture dan baik atau tidak culture itu jatuh atas tanggungjawab kita untuk mendidik umat muda supaya faham, menghayati sirah jujungan besar Rasulullah s.a.w. Dan aku harap culture yang berlarutan di Malaysia tiap kali 12 Rabiul Awal (tahun ini jatuh pada 5hb Feb) tidak membawa kepada pembaziran dan sia-sia.

Bagi mengelakkan anak cucu salah faham (aku tak mahu lihat culture berdarah asyura saidina Ali menular dalam masyarakat masa depan) aku mohon guru-guru tak jemu bercerita kepada murid baik sekolah rendah sampai menengah tentang hebatnya seorang Muhammad bin Abdullah. Aku mohon juga badan-badan NGO, persatuan wanita (baik UMNO atau PAS) teruskan bercerita kepada ibu-ibu muda mahupon tua, didik masyarakat untuk kenal rapat dengan Baginda. Aku juga mohon persatuan pelajar di IPT mahupon IPTS teruskan ceramah di dewan (kalau buat kat surau kompem2 budak2 ni tak pergi) mungkin buat simposium tentang History famili baginda. Aku yakin mesti ada jurnal kesihatan famili Nabi, mungkin ada badan yang sudi mengkaji salah silah kesihatan keluarga nabi. Dengan sains kesihatan kita mampu mengenal seseorang itu lebih daripada orang sekelilingnya. 

Ya, mungkin kita muak sekarang. Tapi kita akan sesal kalau kita tak turut. Kalau kita tak mampu nak bercerita pada anak-anak buah, anak-anak kita sendiri. Kita tak mahu jadi dewasa yang tempang di mata agama, di mata generasi mendepan. Berbanding baucer buku RM200 atau derma kilat RM500 kepada keluarga yang kurang mampu (ya aku tahu itu keperluan sementara) lebih baik Najib fokus kepada education begini.


ini mungkin di mata kamu tidak sopan, tapi sopan dengan jiwa aku