27 February 2012

Majalah Tuan

Maafkan saya tuan. Saya tak membaca majalah yang bersepah boleh dapatkan di gerai-gerai jual majalah, makanan ringan juga surat khabar. Saya tak membaca apa bentuk sekali pon majalah. Bukan Mangga, bukan URTV, bukan Solusi bukan apa apa pon.

Tuan. Saya sudah agak lama di tanah orang. Walau balik sekali sekala menjenguk emak di tanah air jaranglah sekali saya menyentuh dada majalah terpampang wajah-wajah selebriti tanah air malaysia. Hanya mampu mengerling majlaah berharga RM 6.80. Alangkah baik kalau duit untuk majalah itu saya isi dengan nasi berlaukkan ayam goreng serta teh o ais limau di restoren Nilam buat makan tengah hari. Perut saya kenyang, saya gembira Tuan.

Tuan. Saya tak mahu mengadu panjang tentang apa yang tak kena dengan majalah di Malaysia. Kenapa? Teknologi kan ada Tuan. :)

Dari saya langgan majalah gossip, saya boleh layari laman web BeautifulNara, RotiKaya, Oh! Media dan sebagainya. Mahu lihat fesyen terbaru? Saya buka blog-blog The Scarflets. Mahu infomasi serba pantas, apa guna Twitter. Mau info kesihatan saya klik sahaja Yahoo! News. Dihujung jari sahaja tuan. Lebih berbaloi-baloi..