Sekitar Tursina.
Matahari bangun pagi.
Salam Alayk
Menjejak
Main sorok-sorok
Bliss
Tegur
Exodus Musa
Pulang ke asal
Antara Dua Belah
Majmuk
St Catherine, Sinai.
Lembu Samiri
Sembahan Lembu Samiri
Exodus, perkataan yang berasal dari Greek membawa maksud "jalan keluar". Mengisahkan tentang Nabi Musa membawa keluar kaum Bani Israel keluar daripada Mesir menuju ke Palestin. Laluan keluar tersebut mengambil tempat di Sinai. Bani Israel membuat kacau bilau pada penduduk negara Mesir dan tiada jalan lain bagi Musa melainkan membawa sekumpulan Bani Israel ini keluar dari Mesir.
Gunung Sinai (Tursina, Jabal Musa & Mount Sinai) berketinggian 2885 meter,mengambil masa 4 jam mendaki pula merupakan tempat pertapaan Nabi Musa yang rindu mahu bertemu Allah swt. Setelah diperlihatkan zatNya, hancur lebur segala gunung ganang sekitar Gunung Sinai. Allah swt menurunkan Tabut Perjanjian (10 commandments). Di puncak gunung terdapatnya masjid dan gereja. Juga kesan batu yg melindungi Nabi Musa sewaktu zat Allah diperlihatkan. Sewaktu pertapaan Nabi Musa berpuasa selama 30 Hari. Al Araaf 143.
Lembu Samiri yang terukir pada batu bukit dikatakan berasal dari pancaran emas dari patung lembu yang asal (telah dihancurkan Allah) Pengukir asalnya bernama Samiri salah seorang pengikut Nabi Musa. Sepanjang 40 hari ketiadaan Nabi, Bani Israil hilang punca lalu Samiri mengaku mampu memimpin Bani Israil lalu membuat patung sembahan. Kaum Bani Israil turun membuat kacau walau pada masa itu walaupun di bawah pemerhatian Nabi Harun (anak saudara Nabi Musa) Turun dari Tursina, Nabi Musa yang bengang dengan perbuatan kaumnya, Nabi Musa melemparkan 10 loh Torat kepada kaumnya, menggenggam rambut Harun dan menariknya rapat ke tubuh Musa sehinggalah amarahnya reda. Nabi Harun meninggal awal, makamnya dikatakan di semadi di Bukit Hur, berdekatan tapak lembu samiri. Al Araaf 148.
Gereja St Catherine. St Catherine merupakan pengkit juga sahabat Nabi Musa paling akrab. Dia turut mengikuti Musa bertapa di puncak Sinai tetapi meninggal. Pengikut yang lain menanam jasad Catherine di kaki gunung tersebut. Datang paderi kristian serta yahudi mendakwa Catherine merupakan seorang paderi. Dalam gereja tersebut terdapat pohon Shajaratul Mubarakah, pohon zaitun. Seperti yg dijanjikan dalam surah Al Mukminun ayat 20, minyak dari buah ini mampu menambah rasa pada makanan. Padanlah Paderi dari Sepanyol mengatakan minyak zaitun ni sacred. Ustaz dan pak imam kita lebih gemar minyak sapi, minyak sawit buat goreng roti canai ye dak. Hmm..















3 interpretasi:
lembu tu aku tak nampak lah.
kat mana ar?
ce tgk ni
http://4.bp.blogspot.com/-7a14ftf04TQ/TbLjqLGvJOI/AAAAAAAACfc/_GvEtkKfNwA/s1600/Egypt+Part+6+-+208.JPG
musa spp adalah pisang
Post a Comment