9.1.12

Sofa


Penat. Hari ni penat sangat. Kau menyapa aku dengan senyuman penenang. Aku lega kau sudah berada di rumah bila aku dah pulang lewat petang begini. Beranda yang dibuka luas pintu selungsurnya mempelawa angin senja masuk menyamankan ruang tamu. Asyik!

Aku campakkan beg sandang ke lantai. Duduk di sofa menghilangkan lelah. Aku lihat kau tersenyum di sebelah sambil duduk selesa atas sofa empuk kita. Senyum lagi. Tak penat ke senyum macam tu? Aku jeling kau sekilas. Televisyen yang memaparkan cerita entah apa-apa buat telinga aku bingit. Aku capai remote control. Tap! Matikan terus. Dada televisyen hitam gelap.

Perlahan aku baringkan badan dan letak kepala aku betul-betul di atas peha kau yang tersusun molek. Aku pon betul-betulkan kedudukan badan. Naikkan kedua belah kaki dan elok bersilang atas lengan sofa. Sesekali aku henjutkan badan, uji keempukan sofa kulit buatan yang kononnya dbawa khas dari Itali. Tak peduli. Asal enak menampung badanku.

Nakal jari jemarimu sisir lembut rambut ini. Damai. Jarang sekali hendak berjumpa petang yang damai begini. Selalu petang-petang manusia ramai kabur pulang ke rumah, bermain dengan anak, bermesra dengan bini dan tidur.. Petang aku sebelumnya hanya diisi minum ringan-ringan lewat bicara kosong dengan anak-anak muda yang lain. Nyata mengisi waktu bersama kau hari mengubat rasa sunyi dalam hati.

Aku biarkan saja jemari itu mengelus lembut rambut, kemudian pipi, memicit dahi, mengusap bahu.. Aku senang begitu dan mohon agar terapi ini berterusan hingga aku betul-betul jatuh dalam gobok mimpi. Tapi, tak lama. Selalunya..

Setelah kau pastikan aku konon sudah dipelawa ke alam mimpi, perlahan kau sarungkan kepalaku dengan bantal menggebu. Buat ganti peha empuk tadi. Dan kau selimutkan aku dengan hangat bau jasmin agar aku tak mudah terjaga. Sesekali aku gerak-gerak seperti anak kecil yang belum kepuasan. Kau senyum, aku tahu. Kali ini aku melepaskan. Biar belaian kau terus segar dalam ingatan dan sambung berbuat di dalam mimpi.

Syyy..!

Lewat petang begini magis selalunya. Buat aku yang bujang bersama sofa ranjangan.

***

Menulsi sewaktu kau bawah pengaruh ubat memang masyuk.. Mamai sendiri.. hehehehehehehehehehe