26.1.12

Sekupang dua Yuna dan Agnes Monica.


Agnes Monica - Rindu.


Aku naik muak pula dengan lagu baharu Yuna - Live Your Life. Tak ubah seperti lagu yang dimainkan di butik-butik mewah, atau kelab jazz pinggir New York yang baru nak naik atau kelab malam serba relaks dengan makanan western terhidang. Ah mungkin sahaja air tangan orang negara Uncle Sam ada buat aku rasa tak kena. Tak ada yang salah silap dengan tona dan warna nada suara Yunalis Zarai. Tak ada apa yang silap, dan mungkin itu buatkan aku serba naik bosan. Mohon Yuna cipta macam-macam lagi variety suara dia. Kepada new fan fags Yuna, jangan marah kritikan ahkak. Blog ni dari dulu tak pernah tak agungkan Yuna. Telinga ahkak setia dengar Yuna sejak ahkak mula nak berjinak dengan cinta, habis bercinta, bercinta lagi, konon-konon bercinta, ah macam-macam kes cinta manusiawi lah! Jadi sepertinya cinta ada jatuh naik tergolek telanjangnya, ahkak dah capai tahap muak. 

Itu pasal Yuna. Sa-orang lagi perempuan yang aku suka gila suara dia adalah ini yang di atas tu empunya video - Agnes Monica. Ya, aku tak nafikan perempuan berdada gebu indo-japan, dengan rambut stailo habis dan warna rambut ada biru ada pink macam Ramona Flower ni memang patut dijatuhkan cintakan. Maksudnya, dari luaran sahaja kau dah tertarik dengan dia. Suara dia, kerja dia sebagai penyanyi pon wajar dapat kepujian. Kau tak percaya, kau dengar lagu melankolik dia ni. Peh peh peh sedap habaq hang! Lirik tak payah cakap lah kan, lirik puitis modalnya mestilah dari tanah sana. Kita pon berkongsi bahasa yang sama. Sadisnya, masih ada penyanyi, komposer tempatan yang rasa bahasa pertuturan dia tak semegah mana, jadi wajar naik nama pakai nyanyi lagu bahasa omputih. Barulah international! Baru boleh menang hati orang ramai. Nama Agnes dah naik kat Brazil, nama Anggun naik dekat France. Mizz Nina, Yuna dan Zee Avi kita menyulam nama di negara Uncle Sam. Hmm.. Boleh lah tu.. 

Tapi, itulah. Kayu ukur kecemerlangan itu tak ada yang tetap. Apa yang bagus sangat kalau dapat naik nama international level tapi pulangan kepada fan base tak seberapa? Yang penting hasil kerja mereka dapat sentiasa mind fuck minda dan halwa telinga peminat, aku ok sahaja. 

Tapi please, duet dengan Flo Rida, Sean Kingston? Blueh blueh blueh!

***

Exam dah tammat. Winter break mari mari...