12 January 2012

Rasa macam seorang Pluto..


Macam mana kalau.. kalau sebenarnya aku tiadalah beza mana dengan mana-mana perempuan yang kau jumpa di kedai buku.. atau perempuan yang kau selisih bahu sewaktu menggunakan jejantas..
Macam mana kalau.. kalau perhatian yang aku beri pada kau sebenarnya tak ubah seperti layanan yang boleh kau dapat dari seorang pustakawan.. Atau seorang kakak yang melayan kehendak adik-adiknya dengan penuh sabar dan jujur..
Macam mana kalau kasih sayang yang aku cuba sediakan ini .. mirip mana-mana perempuan yang kau boleh jumpa pada diri seorang misi di hospital.. Atau seorang lagi ahli bomba.. Atau kerani pejabat peguam harta..
Atau mungkin ..macam mana sebenarnya..sebenar-benarnya kehadiran aku ini lebih selesa kau digantikan dengan melodrama di kaca tivi, rasa selamat dan nyaman selimut, kucing comel dengan aksi keanak-anakan, bingit ketawa mereka di gerai-gerai, keramaian mereka yang datang hulurkan persahabatan..

Macam mana kalau aku sebenarnya *menyengih sadis* tak seistimewa sesiapa atau barang sesiapa yang kau pernah jumpa, atau berada di keliling kau.

Dingin dan jauh. Melenyap.