3.1.12

Meroger Pahlawan Menunggang Keldai Bertanduk Putih

Ah.
Aku dah buntu. Aku ingat nak tukar design blog ni. Mengambil semangat 2012 dan aku pulak menginjak angka dah boleh mengundi, jadi aku mahu shed imej kanak-kanak riang ria hari raya bersama nestle cornflakes. Blog ni dulu designer nya Lucifer Abdullah. Tak ada cacat cela cuma aku nak perbaharui mood.

Aku harap-harap kali ni ada jugak designer muka segar, mata double eyelid mampu menggugat jiwa, bulu kening tebal, hidung mancung terletak, pipi macam buah pauh ranum, dagu ala-ala brad pitt dan rahang macam Damon vampire diaries (bukan Edward cullen, i repeat BUKAN edward cullen) datang untuk design balik blog tak seberapa aku ni.

Ok aku tahu apa yang aku nak (list atas) boleh dapat dalam mimpi basah je. Tapi, eh, apa salahnya.

Luc, kalau kau baca ni aku nak tanya, Y U NO ACTIVATE FB BALIK? lontar petir baru tahu.