28 January 2012

Menjadi Jujur



Aku tak pernah berlaku jujur dengan kisah silam. Hanya mampu bungkuskan mereka dalam kotak dan campakkan ke lurah berapi. Yang terbakar, diri sendiri. Kalau Duffy tinggalkan kekasih dia di Warwick Avenue (one of my friend ada rakamkan gambar tube station di Warwick Avenue, kira aku tahu jugalah rupa tempat tu macam mana) dalam lagunya Warwick Avenue, aku pon ada kisah yang cukup klasik aku rasa. Kita mungkin tak ada Warwick Avenue, tapi kita ada KL Sentral. Ini kelakar. Kelakar yang sadis. Sebab kali terakhir aku lepaskan orang itu, di situ.


I'm leaving you for the last time, baby
You think you're loving but you don't love me
I've been confused, out of my mind lately
You think you're loving but you don't love me
I want to be free, baby, you've hurt me

Dengar setiap bait liriknya, itu lah kisah aku. Sebijik habaq hang. 

Jadi biarlah hari ini aku bercerita, dalam satu perenggan je (sependek itu kisah kami). Meluah rasa, menulis kan terapi. Aku harap orang Shah Alam tak marah, dia faham hendaknya sebab katanya dia pon pernah kena tinggal juga he he he.

Pengakhiran.
Pertengahan tahun 2010. Waktu itu tengah hari nak ke petang. KL Sentral penuh dengan orang berasak. Hari minggu dan aku pula dalam perjalanan pulang ke Kajang. Tiket train KTM tak beli lagi. Aku tunggu orang itu. Katanya ada senggang masa sebelum dia naik train menuju ke stesen bas, pulang ke tempat asalnya setelah berlibur 2-3 hari di KL (memang itu rutin orang itu lepas kami tamat asasi dan mula praktikal, ulang ke KL - Terangganu. Berjumpa aku dan ahli keluarga dia yang lain di KL.) Resah. Cemas pon ada. Nervous tak payah kabor le. Semuanya sebab, ah sebab aku rasa ini memang pertemuan terakhir pon. Woman instinct kan..juga dibantu dengan beberapa siri adegan yang tak enak nak disebutkan semula. Aku jumpa orang itu. Perlakuan gerak geri seperti biasa. Tapi, tapi bila kita bersama dengan seseorang yang hatinya sudah bukan dengan kita..tak ke rasa sungguh sebal ketika itu. Wajah aku ceria, cuba ukir senyuman serba manis (mostly palsu sebab aku nak tunjuk aku kuat, dan cuba untuk pertahankan apa saja sisa yang ada.) Waktu tiba, aku lepaskan orang itu perlahan dan itulah kali terakhir aku jumpa dia (do me a favor, i don't want to meet him ever.) Sebelum tu, sempat aku bisik ke telinga dia, tahan sebak, jaga diri baik-baik. Dia dengan jalannya, aku dengan jalan aku. Bawa haluan masing-masing sampai sekarang, dan adalah scene-scene yang serba serbi menyakitkan selepas tu sampai aku ambil keputusan untuk hentikan saja drama swasta dia dan bekas teman wanita dia.

You see, percintaan serba palat begini (kena tipu dan kena khianat) memang boleh tinggal kesan yang dalam. Secara mental lebih-lebih lagi, sebab rasa macam kena buli.. Aku tak tahu salah aku di mana.. Dan dia tak pernah buat unholy confession dia - pesen main belakang memang tak serupa jantan. Ada telur serupa tak ada telur ke, hati dah terbalik kuang ke, entah lah tak ada gaya manusia beradab langsung. Aku pon secara bodohnya simpan saja amarah aku. Aku tak pernah secara jujurnya beritahu dia apa aku rasa bila dia injak hati aku sampai tak nampak rupa. And something bad happened during recovery. Aku berdosa besar. Ada hati yang terluka, presiden blogger happened. Tsskkk.. But im glad that i met Mofasad. He's such a gentleman. Diharap gelpren baru presiden blogger dapat jaga hati dia elok-elok. *senyum sejemput*

So how i channel this disappointment? Boleh tahan ramai juga kawan-kawan perempuan aku yang kena macam ni. I mean hubungan yang mereka harapkan tak menjadi dan diakhiri pula dengan siri-siri curang, khianat, tipu, etc etc.. I gave them my full support. Share pengalaman seciput aku, juga pengalaman orang sekeliling aku. Masa aku survived dulu, aku sorang-sorang (during prep time before i went to Misr). Jadi aku berikan pada gfs apa yang aku tak dapat before masa recovery, love and support. Walaupun aku lapan ribu batu jauh, apa guna fesbuk kalau tak contact kawan-kawan yang perlukan kita ye dak. Tell you what, alam perkahwinan lagi horrible. Cinta monyet segala, kau tak rugi apa-apa sebenarnya. (if and only if kau tahu batas-batas dia)

Jadinya sekarang, apa sahaja rasa yang aku rasa boleh binasakan diri aku kalau aku tak beritahu, aku akan mula beritahu. Atau secara ringkasnya menjadi lebih jujur. Kalau aku marah, aku cakap. Kalau aku tak suka, aku khabar. Kalau aku suka, aku cakap aku suka. As simple as that.

Menjadi jujur (dengan diri, dengan masa lalu dan mendepan juga dengan Tuhan), is one step ahead menuju kedewasaan. Hell yeah!