25 January 2012

Malaikat Profesional Dalam Sastera(?)


Tulus bagi aku sastera itu salah satu cabang seni. Ekspresi jiwa dalam saluran yang positif kerana sastera mampu mengembangkan aura yang baik-baik sehingga mampu mengobah satu-satu masyarakat supaya menjadi lebih kritis. Sama ada menulis fasal dosa keji manusiawi atau fasal pahala sehingga terasa mahu milik tiket ke syorga, sastera punya daya yang cukup-cukup besar mempengaruhi fikiran dan tindak-tanduk manusia. Kemon, kita manusia biasa. Adaptasi itu kerja kita, bukan sesumpah. Sehina-hina bandar Pompei, kualiti sasteranya cukup tinggi. Semulia-mulia bandar Madinah pon, puisi perjuangan arabnya bergelegar sehingga ke hari ini.

'Membangsakan' sastera itu bagi aku sesuatu tindakan yang tidak kena. Sastera ni semacam DNA, unik! Sastera ni juga semacam cap jari, juga unik! Dan setiap piece itu lahirnya dari berbeza-beza kandungan dan memaparkan sisi yang berlainan, unik. Jadi bagi aku, tak ada istilah malaikat genius yang datang dari golongan 'profesional', 'intelektual' negara.. Kerna hasil kerja itu sendiri unik, menjadikan hasil kerja sastera itu istimewa dihasilkan oleh setiap orang.

Tak semestinya seorang loktor (doktor) lebih arif menulis pendirian-pendirian sastera, guidance menulis karangan novel terhebat. Tapi dia mungkin punya rasa, punya pandangan yang dirasakan sesuai dengan jiwa pembaca yang lain. Perkongsian itu menyeluruh hak miliknya, melainkan suami. (kerana aku seorang yang anti poligami! hahaha)

Tak semestinya sous chef E&O (contohnya) yang kita tahu sepatutnya dialah yang paling mahir, sepatutnya dialah yang arif tentang masakan mampu menghasilkan makanan yang enak (lean ribs steak misalnya), yang cair di mulut pelanggan. Mungkin mamak di kedai Thaqwa, yang tanpa sijil laku sebagai seorang pem-praktis kulinari lebih sedap dan kena adunan roti canainya, lebih kena dengan selera pelanggan. Bila kita sebut tentang bakat, tentang keunikan semua orang mempunyai peratusan yang sama untuk berjaya dengan bakat, keunikan juga kesungguhan yang dipamerkan.

Bercakap mengenai kuasa, dalam dunia realiti kau mesti kena ada pengaruh. Yang besar ya. Yang juga perlukan wang dan pangkat. Menjadi seorang profesional, mungkinlah, mungkin kuasa, wang dan politik itu tali-temalinya digerakkan oleh golongan profesional ini (bukan sekadar mungkin, aku rasa telahan ni 80% ada peluang betul) Tetapi aku rasa kita semua tahu nasib wang, kuasa politik dan pelajaran tak pernah nak ada satu takdir yang aman buat mereka (isu nak menjadikan sastera sebenarnya songsang sebab tanpa asahan dari bidang seni ini ahli masyarakat mendepan bakal tumpul imaginasinya dan ini tandanya kiamat!) Kalau takdirnya bukan sekarang, mungkin satu hari nanti. (Tak boleh nak ulas panjang kerana aku bukannya ahli profesional, belum lagi. Nanti tak pasal-pasal dicop puak Adam Adli. Kah kah kah!)

Ini pandangan aku lah. Rasa kurang enak bila nak menulis pon ada gelaran-gelaran. Nanti nak masuk tandas pon ada gelaran. Tandas untuk pekerja kerajaan ber-tileskan putih saja-saja, tandas pekerja swasta sangat vas dan ekstravaganza.

Kemon, satu malaysia okeh!  ;)

***

Masih lagi mode exam. Tak habis lagi T_T. Maalish tak up kisah cinta aku dan dia yang dah meningkat umur. Dan anak-anak aku si Harith dan Zafran pon dah naik umur juga.  Dan ada Adriana Zahra, si kecil molek yang aku tak puas kendong lagi.