19 December 2011

Takut sebenarnya..

Telinga tuli lah
Mata pejam lah
Mulut katup lah
Tangan keduanya digari satu
Kita tinggal jadi keras macam batu

Putaran dunia tak seiring manis iman yang ingin aku temu
Jadinya aku putus asa..ketakutan..
Selubung kepala dengan kain halimunan
Moga mereka tak kesan sisa jiwa yang tak apuh.

***

Seketika aku belek berita dari Tanah Kaherah, aku rasa sangat sangat  sangat tak selamat dan maha tidak adil bagi kaum wanita dihentak henjak begitu oleh tentera. Tak tahu macam mana lagi aku nak ekspresi selain mohon dari Tuhan sedikit kekuatan supaya tak mudah diri ini diperlakukan macam tu sekali. Rasa malu, rasa sakit yang wanita-wanita Kaherah tu alami aku tak boleh nak bayang, tak tertanggung. Hari-hari aku tengok gelagat kaum depa. Wanita depa ni halus juga sebenarnya. Ada cantik comel dia, ada semangat berkobar dia..jadi bila aku tengok mereka kena teruk dengan lelaki kaum depa sendiri, wallahualam aku tak tahu lah apa nak jadi. Selama mana aku dok kat sini serius, lelaki mereka ada ramai yg berbudi bahasa dan betul jaga kaum perempuan mereka.

Ok Fiq, ini lumrah. Libya mungkin lebih dasyat.

Aiwah, ana arif. Tapi nak tengok di hadapan mata benda-benda, jiwa siapa yang kental?

Sungguh aku cakap, aku takut.