31 December 2011

resolusi manifestasi





2011 banyak nangis. Serius banyak dan tangisan tu pula boleh dibagi-bagi kan pada kategori berbeza.


Hmm.. Tak usah kenanglah. 



"kalau orang pandang rendah,
jangan kita balas dengan maki,
kita bangun berdiri tunjuk siapa tinggi"
- crush of 2011, Lidah.



Serba sedikit untuk 2012.
Oh. Piece terbaru aku, pertama kali buat skrip filem pendek kerjasama dengan Abrar, aku dedikasi pada team persatuan pelajar kat sini. Piece untuk KH, Pseudosains dan Sarkasis tetap berjalan macam biasa. Yang enak tu datang dari Tuhan, yang tak enak langsung tu khilaf diri sendiri.


Dan ya, sedikit sebanyak aku boleh terima idea bahawa level keimanan seseorang itu, lebih-lebih lagi perempuan, boleh diukur dari segi pemakaiannya. Sebab kalau dia takut, dia tutup. Dan kalau dia lupa, dia buka. Antum, antumna semua faham tak? Buat-buat faham. 


Tension study? Test berlambak nak mampus? Tak tahu macam mana nak balance dah? Orang lain tak paham? Sakit hati? Tak puas hati? Bear with it. Ingat, lebih ramai yang tak dapat peluang study macam kamu.  Hadap saja buku itu! Aribbbbbbbaaa!


Pesanan; Attitude.
Aku harap imej kera sumbang dapat aku kikis pada tahun baru ni. Aku tak suka dilabel sombong dan oleh itu aku tak boleh act macam orang sombong. Hanya sibuk fikir awan dan angan-angan. Mimpi tak pernah jadi kenyataan. Fiq, dunia materialistik, hipokrasi dan tak ubah seperti tong tahi yang kau diami ni perlukan lebih perhatian kau. Fokus sayang, fokus!


Ya, aku akan lebih kerap panggil diri aku sendiri sayang. Why? Sebab perakam suara aku hilang. Aku dah lupa lenggok suara-suara yang panggil aku sayang. 


Merajuk. Bakal cecah usia tua, aku dah pandai merajuk. Sebab kadang-kadang orang tu dah hidup 17tahun dengan aku tapi masih lagi tak tahu aku macam mana. Mencik kamu.


Riak. Fiq, selalu lah ingat kalau kita riak kita yang muflis kat akhirat nanti. Resmi padi makin bunting, makin menunduk pada tanah. Setinggi mana tempat kita, tak boleh tanding dengan kuasa Tuhan. Semewah mana kita belanja, mewah lagi alam semula jadi. 


Kasih mengasihani. Mulut jaga, jangan cakap lepas. Kalau geram diam, dah waras baru cakap. Faham Fiq? Faham...


Fiq, ini pesanan penting. Kau pernah jadi Summer Fin versi fakap sekali dalam hidup kau. Jangan jadi Summer Fin versi tu lagi dah. Fasa tu, biarkan berlalu. Jadi Summer Fin versi bahagia. Okeh? Okeh.


Tak ada pesanan melebar buat mereka yang disayang. Pandai-pandailah hidup. Jangan sampai kena kekah dengan zombi sudah lah.