20 December 2011

Random 25


Letakkan satu persatu batang pensel yang menulis karya memoir kita dulu. Susunkan mereka mereka tema dan warna dalam satu baris panjang. Katup kanvas memoir itu pakai kapan putih serba besar. 'Yang mati itu kekal mati, kita yang hidup teruskan perjalanan' Itu bilang Pak Sako. Kini aku tahu, memoir yang ada cuma memusnah batang tubuh yang ada. Rosak gampang semuanya.

Makan sudah tak lalu. Minum sekadar basahkan dua ulas bibir. Lidah tak lagi bergerak bersuka keluarkan rentak ketawa mahupon keluarkan suara. Dah tiada makna lagi semuanya. Mandi? Tak usahlah kira. Span gosok badan yang kita beli sama-sama dulu sudah naik kuning cokelat. Aku dah tak pakai. Tinggal mahu buang dalam tong sampah. Tong sampah pon... Ah! Payah..payah!

Malam tiba, aku baring. Atas toto Narita. Ada lekuk pembaringan yang dulunya tempat kau. Jadi tinggalan. Tak ubah seperti tinggalan tapak kaki Adam di hindu. Tak ubah seperti pungguk, aku renung lekuk merindu. Biarlah. Kau tinggal jejak tak berbau.

Hijab dibuka. Keretek dijari dinyala. Membuai rasa dengan Amy -RIP- Winehouse.

Love is a losing game.