03 December 2011

Hilang

Malam sunyi serba sejuk ni kita dedikasikan air mata yang turun laju buat ayah ibu. Kenapa ayah ibu? Kerana kasih sayang ayah ibu lah aku hidup sampai sekarang. Kalau tak kerana mak peluk aku saat aku lahir dulu ungkin hati aku tak sehangat sekarang, masih mampu mengasihi orang lain dan hulur seposen dua simpati. Kalau mak tak peluk aku awal dulu, mungkin hati aku sejuk. Sedingin mereka yang menginjak rezeki orang lain demi kepuasan nafsu duniawi.

Air mata yang masih tak kering ni juga aku dedikasikan kepada adik beradik. Kalau tak kerana adanya adik beradik, mungkin akulah anak yang paling manja dan tak kenang diri diuntung pada zaman millenium ni. Sebab ada adik beradik lah aku belajar toleransi. Aku belajar menghargai dan dihargai. Orang kata, darah lebih pekat dari darah. Orang kata, tangan selalu bengkok ke dalam. Adik beradik tetap darah daging. Busuk wangi hamsap mana pon perangai tetap darah daging, dan aku bersifat assabiah untuk itu.

Air mata yang mengalir semacam tak nak berhenti langsung ni aku dedikasi kepada kelemahan aku sendiri. Ya, aku akui semua khilaf aku yang telah berlaku dan bakal berlaku adalah kelemahan aku. Sesal? Ada. Kebodohan? Ada. Banyak dan aku mohon maaf untuk semua tu. Sesal kerana ambil mudah keberadaan mereka semua yang aku kasih semasa mereka masih di hadapan mata. Kebodohan terserlah bila aku dahului ego aku daripada sifat empati aku. Entah mana semua nilai murni yang mak ajar dulu, terbakar dek dosa-dosa aku gamaknya. Haih.

Jadi tangis malam ini aku dedikasikan keseluruhannya pada kita yang hilang waras, emosi, kebodohan dan segalanya hanya kerana rindu. Demam ni tak lama. Nanti-nanti kebah lah. Kan.