01 December 2011

Exegesis


Pada bintang pagi itu kita berharap. Tangan keduanya bertangkup, satu. Bawa rapat ke bibir lalu kita bisik sesuatu. Semoga bintang pagi perkenankan hajat di hati. Berteleku. Menitik alir hiba saat ia berlalu pergi.

Pada bintang pagi itu aku berharap. Nota-nota ringkas aku catitkan pada badan kertas lelayang. Aku berlari pantas dengan satu misi mahu naikkan lelayang pembawa doa. Tali putih mulai menegang dan beratus kesemuanya aku terbangkan ke dada langit. Beralun ia dibawa arus angin. Nota-nota ringkas menyapa bintang pagi saat ia melintas. Lelayang terbakar, beratus semuanya! Langit pon nangis abu hitam. Begitu juga doa-doaku. Sebal dan layu.

Pada bintang pagi itu kita berharap. Semoga bintang pagi singgah lagi. Semoga tersangkut sebarang dua nota berisi doa. Semoga ia perkenankan hajat hati.

Bintang pagi, turunkan aku Harut dan Marut. Manusia harus tonton lakon layar mereka berdua sekali lagi. Ada pengajaran yang perlu disemat, ada moral yang perlu dididik.