26 December 2011

Dijampi Aksara

Dia mengikat hati aku sekali lagi.
Dengan tali temali kaca berserta hikmat mentera sekelilingnya.
Pandanganku tajam menilik ukiran aksara terbiar
Debar mengadap lampiran akhir lalu tamatkan wayang magis ini.
Minda menerawang rupa pengukir aksara sejati.

Dia mengikat hati aku sekali lagi.
Dengan desah nafas yang perlahan dan tenteram
sekali terbitan emosi yang terpancarkan sebalik bait-bait imaginasi indah
mengulit aku tenang, juga bikin libido menjulang.
Hebatnya penangan.

Dia mengikat hati aku sekali lagi.
Dengan wajah murung, rupa bingung aku bawakan ke tidur.
Aku mahu temu dia di sana.
Biar dia urai segala motif mengikat hati.
Moga mimpi bawakan jawapan
Walau tanpa suara dan dengungan
Kerna aku sendiri tak berahi berdepan kenyataan.