14.12.11

Buku Kontrol Histeria.

Alhamdulillah. Hari ini wifi agak tenang. Boleh buka blogger dengan senang. Ana ada barang baik mahu dijual.


Ana nak bagitahu yang buku ni, jika dibaca sebelum tidur, nescaya hati anda hanya akan tenang apabila matahari mulai terbit di sebelah timur dahulu. Nak katanya, buku ni bukan bahan bacaan mengulit tidur, tapi bahan bacaan bagi segar mata. Scene-scene dalam setiap 47 buah cerita yang dikompakkan dalam satu ini dikupas dengan molek dan hampir sempurna hasil daripada pengalaman para penulis (23 jenis otak) dalam dimensi separa khayalan. Awas, jika baca sebelum tidur juga, pastikan anda terlebih dahulu buang air kecil di tandas sebelum baring-baring atas katil.

Syukur ke hadrat Ilahi, setakat pelancaran pada 10 haribulan yang lepas di Annexe, berkat usahasama terbitan Lejen Press, ramai yang telah mendapatkan buku ini mengatakan bahawa buku ini bawa seribu satu hikmat mujarab dengan hanya Malaysia Ringgit 20. Kalau nak alami kenikmatannya haruslah beli dahulu;

Walk in - capai buku - dan bayar di kaunter Uya Distro No. 26, 1st Floor (Above Station 1 Cafe), Jalan SS 15/8B, SS15 Subang Jaya, Selangor. Atau,


Ana cuma nak pesan, kisah kehidupan di dunia ini tak semuanya kesudahan indah macam cerita Secret Garden atau sehebat telenovela Cinta Elysa. Tapi ana nak bagitahu, realiti itu diukir indah dan anda dapat 'lihat' seni ukirannya dalam buku ini.