17.11.11

Tiba!

Sejuk. Bibir biru. Jari gigil. Gigi kacip. Ini kondisi aku di Tanah Kaherah kelmarin - aku sampai aja berderu angin subuh datang peluk tubuh sebaik sahaja aku muncul di pintu kapal terbang. Woha! Angin sejuk! Jauh tak serupa macam rumah sejuk i-city. Itu sejuk palsu. Sejuk alkemi mana nak sama dengan natural.

Aku..aku tak fikir sangat apa-apa emosi. Maksud aku, aku tak rasa apa-apa sedih, happy, gumbira apatah lagi teriak suka. Cumanya fikiran dah ikat satu misi; nak fikir jalan untuk teruskan kelangsungan hidup di tanah asing. Alhamdulillah, Tuhan itu masih ada, memang ada dan perjalanan aku dipermudahkan. Setakat ini. 

Eh, jangan ingat aku prejudis terhadap pemberian Tuhan. Mana mungkin aku pertikaikan apa-apa rahmatNya. Cuma aku harus beringat. Agar tak lalai. Hurm, tidak lali dan lalai. 

Berpindah ke rumah baru, kawasan perumahan yang ramai sikit anak melayu dan dekat dengan universiti. Ada untungnya bila duduk dalam komuniti melayu ni di tengah lautan orang arab. Serba serbi dekat dan senang nak buat urusan. Bukan aku tak mahu campur dengan arab. Aku bergaul, tapi cakap ayam itik lah. Kokokok.. Kuek kuek kuek..

Beberapa piece dari penulis terkenal tanah air aku bawa bersama. Aku bawa piece berbentuk kitab Nizam Bakeri, Luc Abdullah, KhrlHsym, ZoulYaziq, A.Samad Said, Ramlee Awang Mursyid dan ada beberapa lagi dalam bentuk pdf. Ya, aku agak pilih bulu. Berbelas tahun lampau aku banyak baca tulisan dan limpahan emosi perempuan. Kali ni aku nak baca idea kacak lelaki. Eh, suka hati aku lah!

Aku juga bawa serunding daging emak, duit emak, set barang penjagaan diri emak, bantal busuk emak, ciuman di dahi emak, pelukan emak, lipstik merah yang melekat di tudung - yang juga punya emak dan satu beban kepercayaan yang melekat di pundak oleh bapak. Selain Tuhan, mereka berdua ni makhluk paling indah aku puja. Jelly? Minta mak ayah kau sendiri daripada Tuhan. 

Oh majlis kahwin Linglung pada 19hb ini dan juga majlis Alvin pada bulan 12 ni aku tak dapat hadir. Maaf bro, sengaja. Tiket kapal terbang bukan murah zaman sekarang. Hehe.

Mari kita sama-sama doakan kebahagiaan dan kejayaan kita semua. Nak menempuh hidup serba serbi berujian ni bukan senang kalau kita tak ada senjata, kan? Mari juga kita berdoa agar rumah baru aku ni tidak ditumpangi tikus-tikus. Kalau aku koma dua minggu masuk ICU sebab kena kencing tikus, siapa nak catch up pelajaran aku yang tertinggal? Ha..kan payah tu.