29 November 2011

Redha ibu.


Ada satu fasa dalam hidup aku, pernah aku cakap yang aku tak nak ada anak. Ini perkara serius bukan main-main. Leceh tak leceh, remeh tak temeh karenah seorang infant tu kita letak tepi. Apa yang lebih utama adalah redha si ibu. Kau ingat senang nak jadi ibu?

Ibu ni, kalau dia marah dengan kita seminggu alamatnya sebulan tu lah kau derita. Dunia akan berdendam dengan kau. Pernah kau rasa melarat susah hati lepas bercakar mulut dengan mak tapi mak kau relaks je buat dek macam tak de apa yang pernah berlaku? I tell u, bara marah dia pada anak masih berbekas dalam hati.

Ye, ramai jugak orang kata yang marah ibu tu tak lama. Meh aku kasi tahu, mana sebut dalam kitab yang ibu itu bukan namanya manusia? Ibu tu manusia juga dan beza tara ibu dengan wanita lain adalah level kasih sayang dia terhadap anak. Tinggi mana pon kasih sayang dia pada anak kalau dia marah, marah jugak. Kalau dia tak puas hati, tak puas hati juga. Kat sini, waras ibu main perkara penting. Bapa kena jadi tukang ingat. Kalau marah ibu melarat, tak payah nak menyorok kat Utara Mexico (kononnya takutkan ibu) lah..redha ibu memang tak sampai kat kau punya.

Jadi apa kena mengena aku tak nak ada anak ke, nak ada anak ke? Selain keperluan material, batin aku semestinya belum cukup khatam bak-bak redha meredhai ni.. Serius, aku pon kaum Aries, an avenger. Pemegang dendam kesumat, lagi lah aku tak percaya pada diri aku versi masa depan. Juga aku cuak nak bermain dengan nasib bakal anak aku. Brrr...cuak der.. Buat kesian je kat member tu.haha

Aku tengok banyak contoh dalam kisah-kisah masyarakat. Kalau something wrong dengan seorang dewasa atau pelajar, walau mereka dah usaha sedaya upaya dengan hidup tapi still apa yang diusahakan tak setara dengan hasil, kita boleh tengok hubungan dia dengan ibu dia. Aku bukan nak berlagak ustazah (sebab para ustazah ja yang akan pesan begini) tapi ini semua common sense. Ingat lagi kisah zaman nabi di mana seorang anak yang menyebelahi isterinya (berebut susu ke macam mana dengan mak sendiri) lepas tu anak tu susah nak mati. Ye, improvise lah kisah tu dan kaitkan dengan drama kisah benar yang berlaku di sekeliling anda sekarang.

Hubungan aku dengan mak aku sendiri? Memandangkan kami berdua pon dari kaum Aries, kami lebih faham antara satu sama lain. Tak balas satu mesej? Alamatnya tak senang hati aku seminggu. Hambek kau! Itu baru tak balas mesej.. Belum lagi kalau terkasar bahasa, terkuis kaki, ter-tak-picit kaki, ter-tak masak dinner... Ha..bila hati tak tenang cepat-cepat minta maaf. Kalau di-tak-endahnya mesej mintak maaf aku tu? Haru..haru..

Jadi apa lagi tunggu kau yang dekat dengan mak tu? Pergilah bodek hati mak supaya senang selalu. Senang hati mak, senang hati kau juga. Chau~