22 October 2011

Zero point!

Dengar lisan. Biar diam. Bahagia yang kita gapai semalam lepas perlahan. Hancur punah. Tinggi harapan. Carik awan pada langit buat intai masa depan. Gelap ada suram.

Liuk lentuk tarian Mak Yong itu kita selami jiwanya biar resap dalam-dalam. Watak si pencinta, si kembar berdua, si pedagang bercerita, si pengadu domba, si pengkhianat bangsa itu kita harus tahu lenggok tarinya. Supaya kita matang dan tak mudah berubah hati. Supaya kita kenal apa dan siapa yang kita boleh jadi.

Manusia punya banyak rupa. Jangan lihat pada satu mimik sahaja. Pelbagaikan, hidupkan semuanya. Marah benci iri hati sakit hati kecewa pendam mendam dendam gembira suka suki di pengakhiran coret senyum pada bibir. Cari manisan buat bekalan dunia pengadilan.

Berbanding dengan Superman, aku rasa Batman yang paling sexy. 
Tapi Batman jadi bodoh tunggui bila dengan Catwoman. Spendex je pon apa nak heran, duh.

*Ada orang tu, nak mati tak tahu bila pon masih tak mahu kasi senyum pada orang lain. Apatah lagi nak buat orang lain senyum. Itu baru namanya kedekut gila babi.

*Hoi pesakit gila babi, harta tak bawak ke lubang kubuq. Tu ja aku nak pesan. Pi sedekah reta hang kat anak yatim lagi baguih. Bulih pahala empat lima gantang. 

*Kelmarin berjalan di tengah kota Kota Bharu. Terserempak dengan Tok Guru tengah bagi tazkirah-sort-like depan bangunan Jabal Rawas. Ada lah dalam beratus umat lelaki perempuan yang duduk dengar sambil punggung lapik surat khabar atas jalan tar. Tak payah pakai stage tinggi dan claim ada 10 ribu orang berhimpun, Tok Guru berdoa "..Nabi Muhammad tak kenal kami Ya Allah kerana kami datang kemudian.." Meteor jatuh dari langit yang ke tujuh terjelepuk atas kepala. Apa yang aku kena buat? Apa yang aku dah buat untuk baginda kenal aku?

*Dulu masa kecik selalu sangat main zero point. Loncat-loncat lompat-lompat. Tak sedar kadang-kadang bila dah besar ni pahala pula yang jadi zero point