16 October 2011

the unforgiven 2

Lagu yang tak pernah fail luluhkan hati aku. Lompong habis tak ubah macam anai-anai makan kayu papan yang terbiar busuk belakang kilang sana.



Meski agama anutan dan kepercayaan berlainan, kita semua mengharap dan panjat doa pada langit yang sama. Mereka hidangkan musik, kita yang dengar ini akan beri perspektif yang berbeza-beza.

gabanMorka kata aku ni pelik kerana prefer aku versi kedua daripada yang pertama. Macam aku kata, perspektif berbeza. Rasa gila dalam lagu yang ini buat aku stay atas katil, baring lembik dan windows media player play lagu ni dalam kira-kira 500 laps satu malam. Nak buat macam mana, wax telinga aku suka 'dengar' lagu ni. tak boleh nak kata apa lah.