07 October 2011

Bersimpang

Mukadimah.

Maaflah. Masa suntuk, jari jemari pon kurang ada masa nak bersenam atas papan kekunci. Hidup hanya berlegar pada orang yang betul-betul perlukan kita. Sudah-sudahlah setahun aku hanya fokus pada aku. Tiba masa untuk aku berkhidmat pada orang. Dengan kata orang aku maksudkan keluarga. Dan keluarga aku menuntut belaian dari jari jemari aku. Lalu kerna itu, di sini kurang ada belasnya. :)

***
Hidup ni tak susah kalau kita tetap dahulukan keluarga juga utamakan kehidupan sosial. Bawa seiring. Itu kan pesan perdana menteri paling jambu kita, Dato' Jib.

Kerana turutkan bonda lah aku terlepas ke pelancaran zine sulung Sarkasis. Tak rugi besar mana pon... Cuma sesal tak dapat berdetim dengan leplep ajalah. Alahai leplep layan skirt pendek jep. Aku? Kain batik pon tak lepas pakai aihh..tahu lucutkan adalah! Harharhar melampau!

Allah Maha Besar nak bagi rezeki ikut mana-mana pintu saja. Tinggal kita nak buka selak pintu dan intai peluang, cengkam biar jangan lepas. Aku masih percaya pada hakikat itu dan aku nampak sinar baru untuk tahun hadapan.

Masalah besar sekarang.. aku... aku.... aku rasa tak mahu pulang semula ke sana.

Givap? Entahlah. Lelah berkejaran atas treadmill perangai manusia bukan badwi tu aku tak sanggup nak telan lagi dah. Lebih seksa dari kena inject spinal. Lebih bugima dari pitam lapan jam lepas tu kena ecg shock sebab heart beat dah reach until 20. Lebih senak daripada kena sumbat anal thermometer secara paksa!

Saban malam aku berpulasan dalam selimut. Berkira-kira sama ada mahu pulang semula ke sana dan menidakkan hakikat yang aku telan sebentar tadi atau, atau aku..aku buka selak pintu yang baharu saja?


Lemas. Biar masa saja yang uruskan.