27.10.11

Bekalan Orang Kecil

Hari ni. Hari ni dah Doploh Tujuh Haribulan dah. Kira-kira lapan belas hari saja lagi aku akan panjat belon terbang balik semula ke mesir.

*garu dahi*
*garu atas belakang*
*garu kepala*
*garu lengan*

Dik non, ahkak ni bukannya nak kata tak reti bersyukur. Alhamdulillah tu paling busuk ahkak sebut dalam sepoloh kali lah kan sehari. Tapi dik non, kuat ke ahkak ni nak balik semula ke sana?

***

Alasan. Hidup mati aku walaupun kat mana niat tu perlu paksi pada Allah. Pada tuhan. Agama tu penyatu dan penyelamat. Islam tu Ad-din. Simple punya kesimpulan tak complicated macam add math tiga tahun dulu pon.

"Kakak ingat, ini untuk masa depan," kata babah. Sebijik kena atas kepala. Habis diam semua rungutan yang aku bebel dalam kereta tempoh hari. Sampai je jaya jusco wangsa maju tu (masa tu aku menuju ke sini) straight aku perli G floor (ofkos lah parkir kereta, turun eskulator dulu), kemudian aku beli tako tao dua bungkus. Dalam dua bungkus tu ada enam biji bebola sotong dan ham. Aku telan empat biji daripada tu. Tak aku tak tamak, aku tinggal dua ketol untuk babah dan bonda. Harus pekena tako tao puas-puas. Dekat sana tak jumpa nak cari.

*Kakak bermain dengan adik*
*Cuba tengok langit tu, dari atas belon lagi cantik*

Hari tu aku ke Pantai Cahaya Bulan. Lepak sambil snap few pictures. Naik terbakar jugaklah kulit muka ni. Kalau letak Daud Su kat sebelah kompem kompem dia lagi cerah daripada aku. Ombak dia tinggi setinggi kereta kancil ha. Aku amek chance lah lompat-lompat gedik. Melaung-laung macam orang putus kasih. (Sebenarnya aku nak buat cenggitu tapi ai malulah!) Aku renung horizon. Bergenang dan senyum. Wajib enjoy masa yang berbaki. Dekat sana tak jumpa nak cari.

Semalam malam naik kereta lagi. Kali ni dari Kuala Lumpur bandar lumpur dosa ke rumah aku yang serba serbi best. Hujan renyai. Elok je lampu neon jalanan say goodbye kat aku bila biasan cahaya terkena percik hujan kat tingkap kereta. Sebak dalam dada tuhan sahaja lah yang tahu. Aku tatap hujan puas-puas. Dekat sana tak jumpa nak cari.

Aku ni orang kecil. Tak perlu bawa benda-benda heavy dan pricey bekal untuk aku berdagang ilmu di tanah asing. Aku ni orang kecil, aku hanya perlu bekal memori kecil-kecil. Yang murah. Yang free tuhan kasi. Kerana benda yang free dan murah tu kadang-kadang lebih terkesan untuk diri sendiri.

"Tertinggal jauh atau pun tak, semuanya bermula dari kosong." - Luc Abdullah.