02 September 2011

Taksub tapi rapuh


Pada tangan yang memegang payung itu, si otak berpesan. Jangan sampai tempias hujan mengenai pundak kamu lalu lencun persalinan baharu itu.

Pada otak yang sedang berfikir itu, tangan mengiyakan. Sedia berkhidmat bagi menepis ribut mendatang.

Pada tubuh yang tegak kaku, hatinya berbolak balik. Sekiranya datang ombak tsunami sekalipon, bahnya tetap membanjir. Tapi kaki harus tetap pasak ke lantai bumi. Sekalipon ia terbenam jauh ke kerak, badan mengikut.

Apa nak jadi, jadilah!

Mungkin otak tak berapa cerdik. Tapi tubuh harus mampan gagah!
Mungkin semangat tak semengah, harus tulus hati kekal berjuang.
Demi empunya diri yang nak hadap hari muka.

Tekanan datang dan pergi tak ubah ibarat angin meniup lembut. Setiap hembusannya pasti beza harkat panjangnya, beza daya kuatnya. Hadap tetap hadap sayang. Esok kan Bulan keluar lagi menyinar. Menunggu kamu menatapnya lagi. Ramadhan dah berlalu dan aku kembali kepada diri yang depresi. Haih.

Wahai dunia ciptaan manusia, pada kelahiran ini aku benarkan kau berbuat apa sahaja pada tubuh bertuah ini. Selayak akhirnya aku kembali ke tanah. Dan berdoa terus agar kelahiran seterusnya aku agak menjadi sang rajawali. Mahu jadi burung pujaan bunian. Arghhh ini fikiran hasil terlampau taksub dengan agama ciptaan manusia. Kau, percaya pada hayat seterusnya? Aku si pagan bertuah ini, hampir percaya.

Ayuh, gelak sinikal pada tekanan.