7.9.11

Takdir dan tahyul tu kadang-kadang seteru..


Pada kerapuhan iman yang tinggal cuma se-astray cigar, aku pinta tuhan ringankan sedikit beban aku kali ni. Ya Tuhan, ini aku yang menadah tangan pemberianMu. Ini aku yang sedang melutut mohon kepadaMu. Ini aku yang sedang kau berikan ujian berat. Berilah sedikit perhatian kepadaku Tuhan. Ubatkanlah rasa malu dan sebal aku terhadap manusia tak berperi. Tenangkanlah jiwa berombak ganas ini. Hentikanlah tangisan yang mengalir tiap kali badan lemah berbaring. Ringankanlah ya Tuhan. Ringankanlah kesemua beban. Kurniakanlah kekuatan. Anugerahi aku idea penyelesaian.

****
Sedang sedap berjalan ke pejabat imegresen bagi mendapatkan cop visa semalam tengah hari, tali sandal kesayangan aku putus! Alamak! Sandal Polo warna kelabu asap 70% off dan dibayar secara tunai berjumlah RM59.99 tu boleh singkat hayatnya dengan aku bila genap setahun lunyai aku pakai. Sandal paling sedap! Sandal paling setia dengan aku dalam melindung kaki aku dari terpijak batu tajam tu boleh putus talinya... Apalah sandal tanpa talinya.. Umpama basikal tanpa rantai basikal. Tak bergeraklah aku.

Jalan punya jalan aku gagahkan juga sampai lesai hal imigresen aku tu, tiba-tiba kucing hitam pula melintas depan mata kat simpang tu. Aiseh. Aku dah teringat omen yang bukan-bukan. Kalau kucing hitam melintas, petanda buruk. Selipar putus pon maknanya petanda buruk. Macam ada banyak obstacle akan berlaku. Aku sedapkan hati dan tak percaya pada benda-benda tahyul tu. Orang putih kan suka buat-buat cerita. Freemason sungguh!

****
Cerita panjang dipendekkan, malam tu juga memang malam yang paling sadis dalam hidup aku. Kena halau dengan tuan rumah sewa hahahaa.. Wajib kosongkan sebelum cecah bulan sepuluh. Lagi barai, tuan rumah minta juga sewa rumah duit bulan sepuluh tu tanpa sebab yang kukuh. Entah Judas mana rasuk badan dia pon entahlah. Gigil badan aku tahan marah kau tak payah nak bayanglah. Cara samseng ni memang aku tak gemar.

Tak ada notis awal... Hanyalah drama telenovela berlangsung. Dan arab adalah arab. Sua duit depan muka dia baharulah senyap. Islam tak islam. Haji tak haji. Nafsu nafsi tetap nafsu nafsi.

****
Payah manusia ni kalau bertuhan duit. Tuhan kamu siapa pula?