06 September 2011

Silhouette


Kau nampak lawa dengan hanya diam dalam pemikiran yang amat dalam. Legap. Apa yang kau fikirkan, aku bahagia mahu tafsir. Apa yang kau cuba kaitkan, aku suka mahu dengar. Keangkuhan kau melela di depan aku dalam bisu membuatkan aku.. kagum, ujub, takjub.

Kasi tahu aku jika kau setuju dipinang dengan panahan mata aku yang semakin kuyu. Lena mahu beradu dalam mimpi kau sebagai tamu. Kasi tahu cepat-cepat sebelum jam dua belas tengah malam - waktu beradu.

Kerna kacaknya kau, lawanya kau itu tak mampu bikir semacam aku hendak milik dalam dunia realiti. Kalaulah dapat, bibir merah muda ini bakal merekah malu. Pipi pauh pon naik menggebu!

Kau adalah laki-laki brilliant dan gratis genius aku mahu simpan kau terus dalam kotak mimpi. Sah?

Sah.