28 September 2011

Sarapan


Akan sampai suatu masa di mana aku tidak lagi akan sarapan berseorangan. Mesti berteman dan aktiviti itu bakal aku ulang pada waktu makan tengah hari juga makan malam.

Aku mahu hitung waktu kita bertatapan setiap sebelum lena. Kerna itu adalah nilai-nilai bahagia yang ingin aku kenang sebelum menutup mata dan biarkan roh berehat menerawang dunia malam.

Setiap khilaf aku, kau kita maafkan dan kita lalui kehidupan dengan gaya paling tenang bermula dengan sarapan. Kita berdua dan secangkir kopi perang gelap. Kita berdua dan lempeng melayu atau nasi lemak biasa. Mungkin sekali sekala sarapan urban dari McDonald.

Seterusnya kita berjalan di taman. Bermandikan cahya matahari. Semoga berkat hari baru kita peroleh. Semestinya dengan berpegangan tangan. Peluh dan erat.

***

The arrival.

Malaysia masih lagi punya udara hangat dengan kelembapan yang just prefect seingat aku. Kuala Lumpur masih sesak dalam 'kabus' jerebu. Suasana trafik, ramah orangnya, surrounding, bahasa, makanan dan kemajuan infrastruktur masih berada pada tempat yang sama semasa aku tinggalkan dahulu. Rindu pada senja, rindu pada tempias hujan semuanya dah lunas.

Jika semuanya masih corrupt (haha) dan tempat letaknya masih sama makanya yang berubah hanyalah satu, aku.

Ada vibe dan gelombang yang berlainan keluar daripada tubuh 20 tahun ini. Entah apa dia, aku tak tahu. Jadi kita tunggu sehingga aku mendapat jawapan yang tepat. Apa orang putih (yang tak pernah jajah kita) tu kata? Stay tuned? Kehkehkeh.....