15.9.11

Askar Mak Nak Balik!


Dear sayang,

Aku akan pulang. Cepat. Mahu cedok kembali semua tuah-tuah yang aku tinggalkan di tanah air. Aku mahu mandi embun jantan Kuala Lumpur. Mahu lompat dalam lecah pacat di bendang. Juga tak lupa berjemur panas bawah matahari negeri pantai timur.

Tunggu. Tunggu aku pulang. Sudah tak lama esok lusa habislah perang. Akan aku bawa pulang semua parut buatan orang. Mahu mengadu dan adu sampai mengisak tidur dalam pelukan ibu.

Tuhan izinkan aku pulang. Izinkanlah aku ya tuhan.

***
Syukur. Aku tahu aku tak patut gebang awal tapi sesungguhnya ini adalah berita gembira sejak beberapa lama. Kalau diizinkan, aku akan sampai di tanah malaysia kita minggu depan. Ya, aku bawa pulang sekalian dua anak dara si Nash dan Esah tu. Kita revive semula ya sayang sayang.. Fighting!


Ya cinta. Aku akan pulang walaupun sekejap.

****

Tahu filem dongeng-tapi-benar Dear John? Kalau ada berkesempatan aku nak tengok filem tu nanti. Temankan.