10 September 2011

Adult



Melunjur kaki. Aku susun rapat keduanya, membentang ke depan. Dalam posisi duduk itu, aku lapangkan dada. Mengadap muka ke arah kipas siling "Hi.." dan langsung membongkokkan badan ke hadapan. Sampai dada bertemu peha dan keduanya berbicara tentang keresahan lelemak yang kian menepu akibat tuan badan makan sampai tak ingat pantang larang. 

Usai mereka (si dada dan peha) berbicara, aku tegakkan kembali badan. Aku memusingkan badan ke arah pusingan jam, ke kanan. Masih dalam posisi duduk yang sama dengan kaki terlunjur rapat dua di depan. Aku pusingkan ke arah lawan jam, ke kiri pula.. Tulang temulang masing-masing meluah rungutan tak terbendung.

Krukkk... Krakkk... ah lega!

Upacara menggeliat ni adalah upacara yang mujarab bagi mengubat rasa bosan. Bosan bersila di depan papan kekunci tanpa ada azam buat jari jemari mengetuk kunci katanya. Mahu mengeluh? Bibir sudah puas terjuih. "Nanti miracle datanglah.." bisik suatu suara lembut. Aku ia kan aja. Bukan apa, lelah! Lelah kalau asyik nak menulis entah apa-apa scene drama sinetron yang berlangsung dalam hidup aku. Lelah kalau nak ceritakan yang kita ni kena buatan orang. Itulah diri. Mudah percayakan orang. Orang dewasa semuanya kaki trick. Kaki pulas kaki. Percaya, bukan lagi perkataan yang boleh kita samakan dengan adulthood, Fiq!

Kalau aku buka persalinan yang aku pakai sekarang (sekadar seluar orang perempuan dan baju pagoda putih  yang aku beli di Jeddah dulu masa revo), aku rasa..kehkehkeh.. mahu pengsan anda dan andi semua lihat 'parut' khianat dan kekurang ajaran manusia lain terhadap aku. Adik kata, aku tak ubah seperti spongebob, menyerap segala perbuatan orang dan simpan dalam hati. Bila gunung berapi naik kepam lalu aku pon kebaaaaaaaaaaaboooomm! Meletup. Sorang-sorang.

Babah kata "Kita jumpa dengan bermacam orang di muka bumi ni.. Dan tiap satu encounter nya buat kita matang." 

Ranum buah anggur biar makin ungu. Ranum buah anggur biar semakin violet. Seungu violet. Makin rich in vitamins. Makin banyak khasiat. Makin mahal.

Sayugia aku pon menaip balas pesanan ringkas babah,

"Kalau macam tu bah, kakak nak pakai Blackberry lah! Dah muak makan blueberry cicah roti."

Babah tak reply. Aku pon baling henpon nokia aku dalam laut mati. Biar piraun pakai pulak!