28 August 2011

Ucapan Podium Raya

Ini gambar raya haji yang lepas.
Salam Eid.

Sejak jauh dari famili ni, aku semakin treasure maksud perkataan keluarga. Dulu masa di Kulim pon boleh bantai call at least sekali sehari. Ini dah jauh beribu batu nak dengar suara memang payah lah. Nak video call, line internet agak 'membantu' dengan pangkat kepujian lah kan. Peh.. cabaran cabaran.. Aku ada hantar posto ke rumah, entah dah sampai ke belum tu aku tak pasti lah. Dah dua minggu aku hantar. Kargo sesat di benua afrika gamaknya. Dan kalau boleh trade kan nyawa aku ni, aku mahu tradekan dengan longevity dan prosperity babah dan bonda. Titik.

Aku malas nak cerita pengalaman ramadhan di tempat orang. Aku berkurung dalam rumah je banyak. Kalau keluar pon tak ada arah tuju. Aku kan anak mi-tha-li mana keluar semedang berembun jantan.. Cumanya yelah, di sini ramadhannya meriah. Meriah dengan juadah berbuka free, amalan ibadah sunat di surau dan sebagainya. Setan tetap ada dalam peribadi manusia. Dalam-dalam bulan puasa pon ada je kes bunuh, bergaduh dengan family. Macam-macam hal lah manusia ni. Yang baik kita ambil, yang buruk kita recycle.

Sempena penghabisan bulan puasa dan nak menyambut aidilfitri ni, beta mintak ampun maaf kepada semua umat manusia yang mengenali diri beta. Memang ada kesalahan yang beta sengaja ada yang beta buat-buat tak sengaja. Kalau nak pampasan kita setel belakang. Harap-harap syawal mendatang membawa lebih kebahagiaan untuk kita semua. Dah, tamo gadoh-gadoh. Tamo perang-perang. Tamo troll-troll yang bodoh (sila buat troll bijak shj) dan tamo butthurt bila terkena troll macam Luqiee.

Aku juga harap bila bakal suami baca ni, dia semakin sayangkan hubungan kami. Ok, i tak romentik. I tak video call selalu. Tak call pon, dulu masa revo beria-ria call hahaha. Mesej pon jarang apatah lagi menghantar gambar sopan santun buat pengubat rindu. Yes, i ego, mungkin. Banyak cacat cela but darling, thank you. Terima kasih untuk hampir sepenggal kita together-gether.

Aku harap matawang egypt pound jatuh menjunam-junam lagi supaya aku boleh beli mercun stadium nak pasang atas sutuh nanti. Daripada kome bakar rokok, shisha dan menjahanamkan peparu cantik kome, better kome main mercun stadium. Saat bahagia dan momen yang best boleh kongsi ramai-ramai. Buat barbeque malam raya pon ada pekdah jugak.

Ramadhan tahun cabaran dia lain macam. Menangis empat hari empat malam pon belum boleh setelkan masalah dan dugaan yang mendatang. Allah, duduk berdikari ni memang perit. Duit, faith, health, relationship, study semuanya boleh tergadai. Itu je aku boleh kasi tahu. Aku tabik lah sesapa yang start from zero nak mulakan hidup di luar negara. Yes, berimaginasi memang indah. Bila dah jejak dunia realiti baru tahu langit tinggi rendah.

Trimas buat kawan-kawan yang selalu sapot dan bagi sokongan moral especially Nash dan Esah bedmates. Member-member tak kiralah yang bertopeng atau tidak. Team Sarkasis, Team KontrolHisteria, Team Pseudosains, former boss Capt Luc, Boss Peddo, Aqram-yg-dah-single & KhrlHsymHensem; dudes, korang semua rock kapakkan dunia aku. Serius cakap do! Jauh dalam sudut hati tasik loch ness aku, aku sayang anda semua. Andai kata tak panjang jodoh kita bersama, ingatlah satu benda, aku tak putus doakan kesejahteraan kita semua. Peace!

Okeh sambutlah permulaan yang baharu ni dengan penuh kesederhanaan. Tipu lah aku tak sedih tak dapat balik tanah air. Sebelum bergenang ayaq mata ayaq layan Mamat - ku pohon restu restu ayah bonda.



Adios.