15 August 2011

tulisan bogel

Aku.. aku suka baca tulisan mereka yang single. Atau jenis tulisannya kita tahu dia single, bujang dan kerjanya melancap pagi petang malam. Tulisan mereka lebih terbuka. Rahasia mereka jadi rahasia kita. Dan ya, aku suka bergosip. Tapi gosip aku gosip monolog dalaman.

Tulisan mereka yang bujang ni juga menarik. Bait kata mereka berbogel atas tilam putih. Corak seterusnya adalah nada seperti sengsara, kecewa, gembira, buat-buat gembira dan sebagainya. Kamon, siapa tak suka free nude kan. Tuh bloglist aku tuh, aku langgan free nude secara terbuka. Macam-macam cerita ada.

Oh ya, tak perlu mereka letakkan label status hubungan untuk aku tahu mereka bujang atau tidak. Kata-kata yang ditaip datang dari jiwa, bukan dari akal di kepala. Cincin di jari manis hanyalah simbol kepada sebuah keterikatan. Tiba-tiba aku rasa jelik dengan perkahwinan. Kahwin bukan nikah. Nikah bukan kahwin. Beribu batu jauh beza.

Cumanya aku nak kata. Tulisan mereka yang dah berpunya macam aku ni banyak cover. Tengok sekarang tulisan aku kurang kejinya kan kan kan. Macam pakai baju kurung dengan kain dalam. Tapi aku benci pakai baju kurung sama kain dalam, tak suka. Susah nak posing ala nek marilyn monroe, tak seksi lah ai nanti.

Tapi aku, akulah. Makan cover sopan macam mana pon kuah melekat di pinggir bibir juga. Percik sampai bertompok di tudung juga. Minum air sampai leleh ke dagu juga. Olivia Wilde dengan Sasha Grey pon aku payah nak beza. Mana nampak unik bila sudah putih dan bogel. Paling gemar nak bersenggama dengan huruf-huruf hitam atas putih sajaa... Batang tubuh enam lekuk dah jadi nombor dua.

Hiduplah tulisan orang-orang bujang untuk industri nude negara. Aishiteru u ollz.

Aku suka Wilde portray Thirteen. angggg...anggg....