19.8.11

Tentang lembu, paranoia dan badigol..


Sambil-sambil mendengar Apokalip - M. Nasir.


"Mana ada org hisap rokok bermula dgn BISMILLAH..
Mana ada slps abis merokok ucap ALHAMDULILLAH..
- Menyalakan api adalah kesukaan syaitan.
- Meletakkan jari di mulut adalah amalan Yahudi.
- Mengepit 2 jari pd rokok adalah perlambangan salib."


Ni status member fesbuk. Member yang sudah pon aku jadikan 'arwah'. Aku cekik dia separa mati, lalu delete dia dari kolompok member-member rawks yang lain. Sungguh pon member ini member sekelas, watehel, kau nampak pemikiran dia? Bersetuju, mengopi pasta satu jenis virus yang menjumudkan lagi maha menyesatkan kaum muslimin yang lain ni - dasar lembu menguak di kandang, kaburrr berkumpulan bila disebat bontot..kabur semuanya kaburr! Sungguh paranoia masyarakat muslim kita.

Lihat dunia dengan pandangan nipis. Menjadi seorang yang simple dan sok suci. Kita harus bersangka baik dengan drama dunia.. Lihat hipokrasi member aku ni sebagai seorang bekas perokok, kamon sayang, aku lihat bibir nipis mu yang hitam, gusi kau yang kusam, aku tahulah kau pernah merokok. Apa dia tak pikir semasa dia pegang rokok itu dia melambangkan salib ditangannya? Yang dia tahu, dia merokok dan mengepit rokok di celah dua batang jari adalah gaya unggul. Bila manusia berbuat, dia tak pikir maksud dalam-dalam. Apa jadah nak cari maksud jari terkepit, jari letak di bibir bagai semua tu? 

Semacam juga bila buang air besar. Ada tandas duduk, ada tandas mencangkung. Nah, kita tahu ada sahabat mengintai Nabi mulia kita buang air besar. Keadaan baginda mencangkung. Sekarang ni banyak tandas duduk, entah siapa cipta tandas duduk, entah-entah kaum kufur. Jadi kalau begitu yang pilih tandas duduk tu ikut orang kufur, siapa mencangkung tu ikut cara Nabi. Kalau nak melepas, dah tak ikut cara dan gaya lah. Asal lepas, lega! Hahaha begitu juga merokok, kalau nak hisap tu hisap juga. Ikut caralah nak kepit ikut mulut, kepit ikut hidung pon. 

Jangan terlalu beratkan pemikiran terhadap benda yang remeh. Ya, benda yang remeh boleh memupuk jadi besar. Tapi seperti perkara status di atas ni, itu tak perlu sayang. Tak perlu ditakutkan lagi pemikiran muslim melayu kita. Hah! Itu belum masuk hal mem-freemasonkan duit syiling. Tsk..tsk..tsk.. 

Aku meroyan ni bukan sebab aku salah seorang yang punya obsession dengan aktiviti merokok, tidak. Ini semua sebagai contoh. Banyak propaganda buatan sendiri hasil daripada sikap paranoia menular dalam pemikiran mahasiswa. Aku spesifikasikan mahasiswa/wi di Mesir sendiri. Ya rabbi, pemikiran Arlene Tan (yang aku yakin pemahaman Islamnya DALAM melalui penulisannya dalam blog dia) lebih terbuka daripada anda andi yang belajar jauh 8000 batu dari tanah air. Eeuww.. malulah kat dia!

Satu hal lagi propaganda pecah belahkan orang islam sendiri. Khairi Jalalludin? Siapa Khairi Jalalludin yang tuan hamba penuntut mesir kutuk-kutuk kan? Kalau benar pun dia berbuat salah dalam kes ketua Bersih 2.0 kena buang dari Universiti tu, aku rasa tak perlu untuk pelajar hack fb beliau, perli maki blog beliau. Kita orang muda, imam muda, kita buat cara imam muda. Dia tu boneka politik kah, dia itu gunting dalam lipatan kah, biarkan dia. Itu urusan dia dengan tuhan dia. Perbalahan antara imam muda dengan imam tua tak pernah surut. Dan kita akan saling berganti-ganti roleplay. Ingat, siapa yang bilang pada aku yang tanah aku pijak ini tanah barakah, tuhan bayar cash di sini. Anda-andi doktor dan ustajah di sini yang canangkan begitu! Anda-andi mengkecamuk kehidupan dia dan family, tuhan boleh bayar cash. Definisi teraniya itu win bagi semua pihak tahu....

Darah muda yang menggelegak biasanya subur dengan idea-idea baharu. Tapi idealis takkan mati sebagai idealis. Akan tiba masa harimau tua kan menunduk akur pada aturan dunia. Tiada siapa yang mortal, semua pon bakal jadi tua. Jadi tolong, jangan bawa paranoia kamu berjangkit dengan pucuk muda yang lain.