15.8.11

rumah jin

Di mana telah aku tinggalkan Tuhan
Pada ufuk timur jatuhnya di barat aku ditenggelamkan
Hidup ini dalam bangunan bersegi
Hilang relevansi
Tiada tanda pada harga diri

Malu semuka aku malu
Di mana telah aku tinggalkan Tuhan
Persis bayang mengejar orang
Bersama tetapi tidak sehaluan

***

Afiq mengah. Television di hadapan mata dia buat tak endah. Entah apa lagi paparan media elektronik yang ada dalam Ramadhan ini. Ramadhan yang masih berbaki. Nafas Afiq pon masih berbaki. Puntung rokok di tepi bibir diambilnya perlahan. Tenyeh pada lantai rumah untuk matikan nyala apinya. Ahh sekadar hanya asap. Bukan aku makan minum. Asap. Asap jin ifrit. Aku makan jin. 


Paluan pada pintu rumah bujang tidak dipedulikan. Abang-abang ustaz datang nak bertandang, nak heret Afiq ke program ihya Ramadhan. Ada ceramah dari ustaz yang sudah tujuh tahun tinggal di Kaherah. Ceramah tentang anak muda, syiah dan sunni. Iftar pon ada disediakan. Tapi Afiq buat tak peduli. Fikirnya megi indo mee masih ada sebungkus dua atas peti. Ali dan Habib pon tak ada di rumah, sesi fotografi di sadiqa kata mereka. Afiq mendengus perlahan. Dengus malas.

Tingkap rumah dibuka perlahan. Kipas syiling diputar hingga kuasa lima. Bau ruang tamu itu pengap dengan peluh dan asap rokok 4.50 LE pound. Rokok murah. Mana nak cari mild seven di sini. Pintu rumah dipalu lagi. Afiq biar. Jam menginjak ke angka 4 petang. Afiq capai tuala merah di ampaian, mundur ke bilik mandi.

Paluan pada pintu bergegar lagi. Seiring dengan siulan Afiq yang sedang mandi.

Hey, jangan kacau jin tengah mandi.