03 August 2011

Perkara yang ada di Malaysia semasa bulan Ramadhan tapi tak ada di sini, Misr.



Solat terawih dengan mak dan adik-adik.

Aku tak pernah missed solat terawih berjemaah dengan mak di surau. Mesti berada di sebelah kanan mak. Tidak pon sebelah kiri. Usai solat, cium belakang tangan mak, cium kedua belah pipi mak, peluk mak. 
"Sorry mak." aku cakap perlahan. Mata mak yang sudah naik kuyu (mak naik mengantuk lah tu bila imam muda recite surah panjang-panjang) tengok aku dan angguk perlahan. 

"Balik rumah jom, mak tak larat." ajak mak. 

Sudah pon lapan rakaat. Mak dulu-dulu masa muda larat lah ikut sampai lesai solat terawih, sekarang mak mana larat dah. Aku pon pimpin tangan mak, peluk bahu mak, tolong angkat bangun. Lutut mak dah tak kuat, tak gagah nak bertongkat macam dulu. "Adik, cari selipar mak." arah aku pada adik. Biasalah, selipar di surau banyak-banyak boleh bercampur dengan jemaah yang lain. Adik aku siap-siapkan selipar di muka pintu surau. Hati-hati mak sarungkan sandal Clark hitam dia. Biarlah kaki tua itu pakai selipar sedap-sedap sikit kan. Kaki banyak berjasa membesarkan aku dan adik beradik. "Pengat durian berbuka tadi ada lagi kan? Mak nak makanlah. Kakak panaskan nanti ya." Aku angguk, patuh. Mata mak sudah tak kuyu. Lebih segar dari tadi. Aku kemudiannya ketawa. "A'ah la mak, kakak pon lapar. hahahhaahahaha"

Bulat perut mak, bulat jugaklah perut anaknya. Eh? 

gambar : download kat flickr.