14.8.11

Mata 1


Mata yang mengerling itu mata dengki. Mata dengki itu mata khianat.

Dalam sebuah pengembaraan jiwa muda meniti jambatan dewasa, akan sering ada mata dengki perhatikan setiap langkah kamu. Mata dengki itu akan terus memerhatikan langkah kamu sehingga dia dapat pandangan yang dia mahukan, kamu jatuh tersungkur. Disebalik mata dengki itu ada jiwa. Jiwa yang bergalau rasionalnya. Jiwa itu kekal berdoa pada tuhan supaya langkah kamu selalu sahaja sumbang.

Untungnya kita punya tuhan maha pemurah. Tuhan itu kabulkan semua doa dari mana-mana jiwa pon.

Bersoraklah mata dengki pemilik jiwa bergelora dapat melihat kamu tersungkur.

Amin.