23 August 2011

foto perkahwinan


Hari ni saya tengok foto kawan saya menikah. Hati saya..hati saya semacam timbul satu perasaan yang payah  nak diceritakan.. Kawan saya tu muda sikit daripada saya dan suaminya pula sebaya dengan saya.. Mereka dah pegang amanah paling berat di umur paling muda.. Saya..air mata saya..air mata saya bertakung awak..

Mereka suami isteri, berpegangan tangan tak lepas. Mereka suami isteri menyuap makan segan-segan. Mereka suami isteri memulakan hubungan halal pada hari itu. Keadaan mereka sangat damai dan indah.

Sesungguhnya ada sedikit rasa cemburu. Saya nampak mereka meluah cinta, di hadapan keluarga, tiada segan tiada apa.. Sungguh saya tumpang gembira dengan mereka awak.. Saya tumpang rasa beruntung dengan mereka.

Lantas nakal fikiran kecil saya mengetuk tingkap hati. Agak-agak sampai tak seru macam tu kat kita nanti?
Lub dab lub dap..


Cop, ini hanyalah gambar propa semata. Ai tak ada kawan retis pon..

***

Dear bonda,

Anakanda sengaja mengarang je ni. Tiada terselit apa-apa maksud ponn..

Huehuehue.


Larikkk!!!!