10 August 2011

Duyung, gua dan bikini nude colour.

Kita pon nak jugak jalan-jalan pegang tangan bawah rendang pokok buah ceri.
Kita pon nak jugak jalan-jalan sambil gurau cucuk-cucuk pinggang. Konon geli habis lah.
Kita pon nak manja-manja main tarik-tarik lengan pastu berkejaran macam main police and thieves.
Kita pon nak jugak tengok awak suruh saya pilih antara Sale di Isetan KLCC atau pon kita.
Kita pon nak jugak suap-suap awak makan ais krim mahal Baskin Robbins.
Kita pon nak jugak ajak awak pergi tepi pantai pastu menikah bersaksikan bulan dan ombak setia.

Tapi..

Duyung hilang bagai buih bila tiba masa. Duyung mana sempat menikah dengan putera atas kapal.

****

Sebenarnya gua frust tak dapat mandi laut sebelum bulan Ramadhan. Gua jarang missed holiday pantai sebelum Ramadhan tahu! Tak apa. Nanti gua kelik kampung, gua kerah babah gua bawak gua ke Pantai Tok Bali. Bikini nude colour sepasang gua bawak spare.