20.8.11

Dendam

Dunia bergerak pantas. Sepoloh minit yang lepas aku adalah seorang kanak-kanak yang masih percaya wujudnya cinta sejati, cinta happy-forever-ever-after, cinta suci dan bermacam lagi cinta agung.

Aku telah gagal dalam semua pencarian tu. Aku adalah perempuan tanpa kasih sayang, tanpa akan ada bayi dalam dukungan aku yang boleh aku gelarkan dia sebagai pewaris. Mandat aku sebagai manusia sok baik sudah hilang. Aku tak tundingkan jari pada sesiapa. Bukan pada tulisan Norhayati Berahim, bukan pada tulisan Aisya Sofea, tulisan Hlovate, tulisan Ahadiat Akasha, tulisan Fiq Vertigo pon aku tak salahkan. Mereka adalah tukang cerita. Misi dan visi mereka menulis adalah untuk mengadaptasi kenyataan dalam dunia angan-angan.

Tak kira seberapa banyak buku yang aku baca, kisah drama yang aku tonton, tidak banyak yang boleh menolong aku sekarang. Realiti tak seindah tulisan dan penceritaan mereka. Tulisan basah mereka penuh dengan pengharapaan. Mereka tentukan takdir watak ciptaan mereka. Saat aku pegang takdir aku sendiri, haha tak menjadi.. Satu hapak tak menjadi! Harapan, harap - itu semua buah mulut palsu mereka yang tertindas!

***
Mengeluh. Teh tarik dalam gelas kerdil itu aku hirup perlahan. Pandangan aku lempar jauh-jauh. Bola mata aku tertancap pada sisi kanan Batu Caves. Gua pujaan ramai penganut hindu. Hinduism mengajar penganutnya supaya bisa kenal erti karma. Karma baik dan karma jahat.

Siapa aku setahun yang lepas? Apa yang telah aku lakukan setahun yang lepas? Memori aku kosong. Yang aku ingat, siapa yang perbuatkan aku setahun yang lepas. Laki-laki dan perempuan yang meletak aku di dalam kedudukan aku sekarang, apa mereka sudah mendapat karma jahat mereka?

Sinis senyuman aku maniskan dengan tegukkan teh tarik yang terakhir. Not kertas biru dua keping aku selitkan dibawah gelas kosong tadi. Lima tahun sahaja lagi...dalam lima tahun ini aku akan pastikan karma jahat mengular kehidupan mereka. Dan lima tahun mendatang, akan ada lutut yang akan berpijak pada tanah bumi, meminta belas pada aku.

Apa kata Timberlake? What goes around comes back around, kan? Heh.