09 August 2011

Cerita sikit pasal Asada Ryutaro..


Babah kata: "Duit datang dan pergi, kawan datang dan pergi, tapi memori dalam sesebuah persahabatan itu kekal sampai bila-bila."

Sebelum aku datang ke Mesir awal dahulu, aku make contact dengan seorang blogger yang -  "Oh dia ni pelajar Mesir lah.." - Aku pon mesej fb dia. Bertanya perihal keadaan di sini, ambil nasihat dan sebagainya. Alhamdulillah, dia sangat warm. Tak cold seperti sesetengah orang kalau layan strangers mesti cold (mengata diri sendiri). Bila aku sampai ja di Mesir, dia orang pertama yang telefon aku dan kami jadi kawan. Bertanya khabar, bertukar pendapat dan sebagainya. Seperti manusia biasa. Dan aku pon rasa kurang sikitlah homesick pada orang malaysia.

Daripada strangers, jadi kawan. Mula mula kawan blogger lepas tu kawan biasa sampai la ni jadi kawan baik. Bila aku dan homie (nash dan esah) sesat di Alexandria, terkocoh-kocoh aku telefon dia. Mulanya aku takut juga, takut kena marah. Tapi dia cool. Dia tahu lah kot naluri budak Malaysia kat sini pakai nak redah bila nak travel. Dia menolong mana yang patut. Well itu bukan kali pertama. Bila aku nak redah Cairo pon, aku 'berguru' dengan dia dulu. Pasal tambang, pasal taxi, pasal nama tempat pasal mana nak pergi. Wuih pendek kata dia ni kaunter pertanyaan aku lah. Nak makan sedap sedap, tanya pasal resepi pon bolehh! Macam sensei dah!

Jadi kawan pon boleh jadi guru kita. Boleh jadi orang yang kita kagum. Boleh jadi macam-macam. Hebatnya seorang kawan. Sesebuah ikatan itu boleh jadi indah, jika kita angkat ia menjadi indah. Mungkin sudah biasa korang dengar cerita bagaimana sebuah persahabatan itu berlaku. Tapi untuk orang yang mengalaminya, aku kira persahabatan kali ni sangat best. Kerana Abdul Salam Dahari kekal ada semasa aku susah dan tetap ada semasa aku senang. Salam, Allah be with you always. Semoga kita sama-sama success. Cerita antara kita-kita aku akan simpan sampai bila-bila. 

"Macam mana kau boleh bertahan selama ni?" tanya aku pada dia semasa aku betul-betul buntu dengan segala macam haru biru berada di negara orang.

"Aku cuma tak berhenti mencuba." jawab dia ringkas. Ringkas tapi penuh makna.

Kalau nak bercerita fasal Salam atau nama pena bloggernya Asada Ryutaro (http://www.budakmalaysia.com/) sejauh mana aku kenal dia dalam masa yang singkat, mungkin tak cukup satu malam. Tambah pula ini tahun terakhir dia Mesir insyaaallah. Adios amigos. Sebagai seorang kawan, aku hanya boleh berdoa supaya kau ceria selalu dan capai apa yang kau mahukan selama ni Salam.

Haiihh.. Kurang sorang lagi peneman di bumi orang ni. Sedih? Itu belakang cerita. Yang aku tahu aku kena happy dengan pilihan dia. Jaga Degen si naga hijau tu baik-baik Salam. Hati-hati dalam perjalan pulang ke Malaysia flight Gulf Air 1.30pm (Waktu misr) esok dan semoga selamat sampai keesokan harinya. Sigh. Sepatutnya aku ride flight yang sama dengan kau. Nebemine..i iz ok.. sobbbs..

Iftar farewell dengan chocolate chilli mousse wagamama bersama Salam *model* dan Esah dan Nash. Pernah makan kek bercili? Pedas tahu.


Hidup kena teruskan. Chalo betey.


p bisik pada s:: orang kat malaysia tak payah nak suspect apa-apa.