10 August 2011

Cakap orang mabuk..


Percayalah cakap aku sedang aku masih waras. Kita manusia berlumba mencari kejayaan. Masing-masing dengan tafsiran kejayaan sendiri. Adapun manusia itu merayap mencapai kejayaan, ada pula mencapai kejayaan dengan berlari. Masing-masing dengan gaya dan gaya eksklusif. Berbekal usaha dan tekad yang tak pernah berkubur. Consistence bak kata orang putih.

Zahiril Adzim pernah ber-tweet (gaya interaktif manusiawi masa kini sangat advance ya?)
Masing - masing hidup dengan masing - masing punya hidup. Manusia+asing
 Erat benar kita dengan sunyi sepi itu. Seperti mana aku bila tidur perlu keadaannya malap, sunyinya pengap dan angin kipasnya diam. Aku bertemu kematiaan sementara. Aku tak perlukan gelombang rengek manusia. Aku kadang tewas dengan kehendak manusia. Yang ya, secara tak langsung membentuk siapa aku sekarang.

"Aku mahu kau menjadi orang profesional."
"Aku mahu kau menjadi konsultan bangsawan."
"Aku mahu kau berkahwin dengan anak orang berada."
"Aku mahu kau bertahan."
"Aku mahu kau teruskan."

Dan dalam semua kehendak itu tiada siapa bertanyakan..apa yang aku mahu. Siapa peduli dengan kehendak aku? Kebutuhan aku. Kemahuan aku. Falsafah aku. Perasaan aku. Bila aku bersuara mereka hanya pekik,

"Kau terlalu pentingkan diri."
"Kau terlalu beremosi."
"Kau tak matang."
"Kau mengecewakan."
"Kau merisaukan."

Dalam ketawa hendak perbetulkan diri demi memenuhi kehendak orang lain, aku penat mengadu pada Yang Kuasa. Doa sudah, puja puji sudah malah aku meminta sedekah belas kasihan pada roh yang hanya tahu patuh. Dikit demi dikit keutuhan aku rapuh. Kedegilan aku tak ubah sepertinya keldai berteriak dicemeti belakangnya. Jika boneka itu patung yang tak berbuat apa, aku lebih hina dari itu. Sekurangnya patung itu tegak melihat. Aku dipaksa berbuat.

Tiada apa yang lebih keji daripada mencabul diri sendiri. Tiada apa. Dan ya berlari lah manusia manusia bangsa sakti berkejaran menggagau kejayaan. Aku pon turut serta dalam menurut janji hadiah pulangan tidak seberapa.