13 August 2011

Burung hantu saya



Gua syak burung-burung hantu ni semua tengah high masa ni. Tengok mata pon gua tahu. Gua nak cerita, dulu nenek gua belah babah gua ada bela burung hantu. Masih anak lagi masa tu. Umur berapa gua tak tanya, lupa. Alkisah kampung gua tu dekat dengan sawah padi. Nenek gua bela burung hantu ni suka bertenggek kat tangga rumah nenek gua. Barangkali dia nampak tikus sekor dua dok lalu lalang almaklumlah beras berguni-guni port kat dapur rumah sebelum di bawa ke kilang untuk di proses. 

Burung hantu tu lembut dia punya bulu pelepah payah gua nak cerita. Tebal bulu-bulu dia tu bukan main lagi. Gua nak pegang pegang, belai-belai, usap-usap lelebih gua takut. Kalau kena cakar dengan kuku panjang mata kail tangkap ikan jaws tu tak ke naya gua? Calar kulit gebu gua ni ada ekau nak tanggungjawab? Lari Prince Harry gua tu nanti. Oh ya, burung hantu tu sempat gua bagi nama, nama Johnny. Kenapa Johnny? Eh saja suka hati gua lah. Lu ada burung hantu sendiri lu bagilah nama apa lu nak letak. Landak ke, mentimun ke, Sepiah ke.. Oh ya. Johnny tak lama dengan nenek gua. Nenek gua tak penyayang lagi manja dengan gua sebab tu Johnny lari. Gua kesal lalu gua mintak cerai taklik. End.

Gua nak cerita satu je pon. Mata gua dengan mata burung hantu kat atas ni sama bulat sama manja.

Gua sekarang pon dah jadi burung hantu. Orang berjaga, gua 'berjaga' juga tapi dalam mimpi. Orang tido, gua dok berkicauan paling tidak kalau internet semput gua intai-intai Hedwig. Lu ingat gua tak minat Harry Potter ke? HP tu baik dengan gua tu..kamceng tahu! Macam playar dengan gigi kamceng dia..


Peh peh peh.... dahsyat penangan tak balik raya ni.