17 August 2011

ayok.... tan sri teh tak puasa...

Pagi. Terik matahari dan kelajuan angin yang sipi-sipi di luar tu rasanya ada dalam 36 darjah celsius. Kelajuan kipas syiling macam biasa, 5 darjah kuasa kura-kura dan aku, yang manis ini terbongkang di ruang tamu. Dahaga. Bibir ni kalau aku senyum, peh, boleh terpercik darah free. Kalau pontianak (baca: Esah) dalam bilik tu nampak nanti mulalah menyeringai geli tak suka. Pernah nampak pontianak tak suka darah? Esah tu lah satu-satunya pontianak pelik. Tak apa. Aku dah biasa dengan makhluk pelik-pelik.

Tingkap di ruang tamu ni terbuka luas. Tanpa langsir. Aku suka tingkap rumah aku tanpa langsir, biar senang nak mengendap ustaz di imarah sebelah tapi itu cerita khamis malam keliwon. Abaikan. Sedang elok aku berkuak lentang atas karpet segi empat di ruang tamu sebesar kangkang pontianak tu, aku terbau sesuatu. Bukan, bukan bau ustaz tadi, tapi bau megi. MEGI....Megi...megi... (bergema)

Siapakah punya angkara masak indo mee (hey sini mana ada maggi cap malaysia daa..) mee segera ni? Perisa ayam spesial tak lain tak bukan. Hidung aku ni dah cium bau megi 7 kali seminggu, tak payah nak menipulah aku tahu tu perisa ayam spesial ok. Dan bau megi tersebut semakin lama semakin 'berlemak'. Sah tukang masak masukkan telur ayam sebiji. Cilanat. Siapa yang khianat bulan-bulan puasa ni? Imarah sebelah aku jeling sampai juling.

Daripada kuak lentang, aku tukar posing kuak bebas. Dapur aku jeling sikit-sikit. Setelah memastikan pontianak dua alam masih tido dengan amannya dalam bilik, aku berlari anak ke dapur. Sepantas halilintar aku panaskan air dalam periuk kecil untuk seorang makan, campak perencah indo mee ayam kari separuh paket dan senjata ramuan umph, seketul nugget dengan potongan dadu empat belas. Ya, nugget ayam potong empat belas dengan perisa kari ayam! Bila gelegak je air aku letak mee kerinting. Keletung keletang keletung keletang.. agak-agak kembang dalam 4 minit, aku telan dengan bismillah.

Now tell me, megi siapa paling best? Kamon Tan Sri Teh, mestilah megi wo ai ni ok.