21 August 2011

Aku dan hujan dan aku.


Aku rindu bau hujan yang memerangkap haba dalam bola airnya. Bumi ini terlalu panas. Berhabuk dosa melayang sekalian mereka yang tertindasan. Aku antara manusia yang berperang dengan saraf norma. Saat realiti kembali menjentik, waktu itu aku paling rindukan hujan.

Nak berkemban. Nak berbasahan dalam hujan. Biar teriakku berperang dengan guruh! Biar halilintar mengejungkan tubuh! Tanah Melayu itu hidupnya aman. Negeri-negeri yang kaya dengan hujan itu negeri penuh kenikmatan. Aku rindu lembap angin tanah tinggi cameron. Aku rindu lecak air buatan hujan malam kelmarin. Aku rindu orkid dalam taman depan rumah tumbuh mekar bak anak gadis awal belasan. Segar bugar semuanya!

Aku masih ingat hujung cuti sekolah pada musim tengkujuh, aku berada di kampung selama seminggu. Di kampung ada bendang, sawah padi. Nah, aku nampak lopak lumpur yang menunggu aku hanya untuk terjun! Apalagi adrenalin pon menggelegak suka lah! Lompat dalam lumpur, lompat, lompat sampai naik kejang betis bunting padi. Bila hujan jatuh, nuh aku dan para sepupu pecut dengan kaki ayam menuju ke rumah nenek. Sebelum naik rumah, bermain dengan hujan. Tanggalkan lumpur. Masa itu kau boleh lihat gigi aku berbaris, senyum suka. Momen bercinta dengan alam..agak payah aku nak lupa.

Gersang pasir merekah di negeri orang ini sekering hati sesetengah penduduk isinya. Hujan hanya datang waktu musim peralihan. Hujan di sini hujan kotor, penuh debu. Bukan macam hujan suci warna transparent di kampung kita. Sebal. Hujan di sini bukanlah sesuatu yang boleh aku banggakan, riakkan. Tak apalah. Kurang-kurang aku tahu dalam dunia Tuhan ini ada juga turun hujan berwarna cokelat batu bata. Kalau hujan di surga nanti entah lebih asyik kan? Kaler-kaler pelangi dengan perisa skittles merah mungkin! muahaha

Andai kata aku terhantuk di bucu meja, atau jatuh bergolek atas tangga lalu hilang ingatan. Basahkan aku dengan hujan jatuh dari langit. Mungkin itu saja ubatnya nak kembalikan ingatan aku. Yang manis saja tentunya.

***

"Kakak nak pergi mana tu? Hujan ni. Duduk dalam rumah diam-diam, baca buku!" teriak mak dari dapur.

Kreukk... Kreukkk...

Dengan derap kaki berjingkit, aku buka pintu rumah perlahan. Tak peduli. Angin luar rumah hebat betul main pukul-pukul hujan. Habis tempis air masuk dalam porch. Depan pintu kayu tu habis basah.

"Kakak nak pergi main hujan! Nak cari berudu!" laung aku menjawab soalan mak. Dummm!! Pintu kayu ditutup. Tak payah di cari mana aku lah. Nih kaki dah kabur naik bukit, main lecak cari berudu. HAHAHAHAHA!