05 July 2011

#WW Mereka Yang Disayang-sayang






Ini adalah si riang ria Jack Alvin tailo Telok Anson (photographer dan supplier kegembiraan aku melalui foto-foto beliau) merangkap abang kepada Fiq Vertigo (bukan abang sedarah sedaging tapi darah asing yang aku boleh angkat sebagai abang). Empunya suara yang macho dan selalu berkarya yang indah dengan fotografi ini adalah orang yang aku hormat dan sayang walaupun tak pernah bersua muka. Pelik kan, tanpa bersua muka kita buat kita rasa erat, kita rasa dekat. Alvin tak putus bagi aku kata semangat dan pesanan, layak sepertinya dia itu seorang abang. Hehe.




Masih lagi tentang Alvin. Tapi versi sudah menjadi tunangan orang jadi namanya pon bertukar dikit.. Aziz Alvin sudah pun bertunang baru-baru ini dengan Umi Baizura 
(aku consider Cik Umi bertuah orangnya) 
Selamat menjengah ke dunia perkahwinan aku ucapkan buat mereka berdua. (sekarang mood sedih aku sudah masuk..abang kita sudah menjadi hak orang lain..sedih dia memang lain macam!) 


Happy family. 
Ada Kamen, ada Faizal Zol, ada Alvin, ada Cdot Fabulousity dan Koperasi anak anak Cdot.
Entah kenapa, aku yang jauh dan asing ni pon rasa macam nak selit dalam mereka. 
Yang penting, hati ni senang bangat bila lihat aksi-aksi mereka. Kamen di Kajang, Faizal Zol mungkin masih dengan topinya hehe dan Cdot pula masih lagi mengekalkan postur badan dara pingitan walaupon dah beranak lapan..hahaha

****

Ini ala wordless wednesday. Tapi bukan Blog Bidadari Besi namanya jika tiada satu pon tulisan dicoret di sini, kan? Ikot trend, ikot trend juga.. tapi jati diri dan 'tanda pengenalan' jangan di lupa. :)

Tuhan, satu hari nanti aku mahu berjumpa mata dengan mereka-mereka ini. Yang kadang masih menegur aku walau aku masih jauh. Ya, dengan teknologi serba canggih jaman ini semuanya tidak mustahil, tapi kan, kita manusia dan dalam banyak banyak masa yang kita punya pasti ada sahaja kekangannya. Terima kasih buat si dia yang ku anggap kawan, mengenalkan aku dengan mereka di atas ni.

Saya....saya...saya...saya saja nak bagitahu yang saya sayang kamu semua. Cewah!