24 July 2011

Ubah


Akan ada satu masa kau akan penat membela aku. Pada kau, aku hanyalah guni beban yang dibuang rasa bersalah, dipunggah rasa tak semenggah. Alih-alih tinggalkan sahaja.

*****
Nampak fikiran kotor aku dan betapa cas negatifnya berbau di situ? Terukkan aku?

*****

"i cant change you,
nobody can help you to change,
unless you really want to change..

i just hope you'll change one day,
or you'll lose everything you said you care."
*****
Aku tak mahu hilang kamu..tak mahu hilang mereka yang selama ini kekal kuat mendukung aku. Tak boleh kekal murung dan depresi begini. Seberat mana pon dugaan dan cubaan Tuhan bagi, aku kena lesaikan. Kematian adalah keputusan bodoh. Ya Ghost, aku sedang lemah dan selalu berfikiran bodoh. Maafkan kebodohan aku ya? Luc, kau adalah abang yang baik hati sudi mengingat. Trimas si tanduk. Ashraf sayang, maafkan aku kerna tak nampak kuat bila kita sama-sama perlukan satu sama lain. Sebab kita jauh, jarak mampu buat aku jadi dangkal kadang-kadang.

Menjadi matang bukanlah mudah. Segala pahit maung itu kena tempuh betul-betul. Kalau ikutkan hati mahu saja aku kekal menjadi seorang budak bernama Lilo, berkawan dengan Stitch si alien biru dan kekal tidur dalam pangkuan si Raja di rumah. Pasti sekarang Raja pon tak lena beradu dengan Bonda kerna aku selalu saja bikin onar di tempat orang. Tak betah lagi berjauhan. Aku kangan. 

*****
Aku akan pelan pelan ubah depresi ini. Cuma hanya perlukan pil masa sahaja. Segala pesanan kamu kamu, aku ambil berat. Hanya trimas mampu aku ucapkan. Jari masih menyeka air mata. Kaki sudah lenguh menyambung langkah. Nanti aku bangkitlah. Lelah dan takut ni.