2.7.11

Sikit-sikit Tentang Chagrin yang Kelmarin tu...

Hai..

Dah lama aku tak bercerita kan? Ingat nota aku pada kertas buruk kelmarin bertajuk CHAGRIN? Yang aku tampalkan pada peti ais pakai magnet hiasan yang aku beli semasa berkunjung ke Langkawi tempoh hari. Jadinya, hari ini aku nak bercerita tentang itulah. Tentang tinggalan dan ingatan seorang yang aku kenang sebagai kawan.

Sebenarnya..aku naik bingung juga. Kenapa dan mengapa perlu aku mengelak si dia (kawan) yang aku sendiri ikrar;

"Hoi, kita sobat sejati!"
"Hoi, kita sobat sampai bila-bila."

Sebab aku ini  p e n a k u t. [tunduk kepala]. Itulah kebenarannya. Sebab itu aku ada sayap, supaya aku boleh terbang, meninggalkan. [panggung kepala]

Takut hati dirobek, kita lari. Takut jiwa tercarik, kita minggir. Bukankah ibu-ibu tua selalu berpesan-pesan, jangan bermain dengan api kalau tak mahu terbakar. Jangan berumah di tepi pantai jika takut dilambung tsunami.

Cakap orang tua ni wajar dibikin tangkal, buat pengingat. Kalau terlupa dan rasa rasa mahu terhantuk, cepat-cepat buka balutan tangkal, tenung balik kata-kata ibunda dan minggir terus.

Aku dah kata..aku ini penakut. Ubat bagi penakut adalah keyakinan diri. Aku jumpa keyakinan diri bila aku memberi bahagia. Aku rasa rasa jika aku hilang terus dari chapter muka hidupnya, mungkin ya, dia gembira sebab yalah dia sedang leka bersuka-suka..takkan lah nak mengingat aku yang separa kasihan ni. Yang selalu tagih manja-manja. Yang selalu minta-minta nasihat.

Brengsek mana mahu peluk aku yang cengeng?

Tak ada...

Dah..dah.. jom kita ke buaian. Sudah lama tak nonton layang-layang berkejaran dengan burung pipit. Lepas naik buaian nanti kita beli ais krim ya?


Aku nak warna merah lah!