24.7.11

Putus harapan


Mereka yang berada di tempat yang tinggi bakal jatuh dengan hentaman paling dahsyat. Aku tidak tahu apa yang menanti di bawah. Ironinya, aku ada sayap. Sayap yang lumpuh. 

Terbaring lesu di atas katil dengan menghabiskan 360 minit menatap wayang gambar di skrin komputer. Warna-warna terang, suara-suara asing berbunyi seolah angin kipas yang lalu menyapa kulit. Tepat pada minit yang ke 359, satu bisikan lembut menerpa telinga. "Untung kamu masih bernyawa". Sentap.

Aku lupa, Izrael kerap menjengukku. Lupa hidangkan dia persalinan putih. Azan berkumandang. Solat. Baring lesu semula. Izrael bertandang lagi, menjenguk melalui tingkap bilik yang terbuka luas. Menggerakkan sayap pada saat-saat terakhir adalah cubaan yang sia sia. Tunggu masa saja jisim jasad ini menghentam bongkah kecewa di bawah sana. Biar hancur meletup semuanya. Biar.