13 July 2011

Pemegang Watak Terbaik

Pemenang anugerah pelakon terbaik di dalam dunia ini adalah mereka yang merangkul watak seorang hamba yang kufur dalam nuraka. Aku yang tidak mahu terlibat dalam mana-mana bab pertempuran antara tamak dan sifat keji ini, aku bakal lari. Aku sedang pon lari. Jauh.

Watak seterusnya yang bakal aku pegang adalah watak seorang marhen yang murtad terhadap ikrar negaranya, meringkuk bina hidupan serba biasa di tanah orang yang lain. Melihat keruntuhan tamadun mereka yang degil dan penakut dari kejauhan, negaranya bakal benam dalam lumpur ketidak-warasan. Akulah pemenang piala orang-orang penakut dan berlindung di balik panji agama. Kununnya mencari jalan pulang.

Kita semua adalah muka-muka si manipulasi. Berpatah arang dengan manusia, kita kembali semula mencari Tuhan. Entah mahu atau tidak Tuhan dengan kita. Entah mahu atau tidak Tuhan dengan aku. Aku yang sudah tidak berupa manusia.


Untuk lakonan yang berkesan, kau mesti ada rasa percaya. 
Percaya pada direktor, percaya kepada rakan pelakon yang lain.
Kepercayaan adalah tunggak. Kepercayan juga biasa merombak. 
Yang tinggal tanda tanya sekarang,
dalam realiti yang serba menggigit ini, pihak mana yang perlu kau taruhkan kepercayaanmu?