15 July 2011

orang sebelah hilang


Melutut sayu dalam persalinan pakaian tidur. Gebar selimut aku tarik dan temukan satu penjuru dengan penjuru yang lain, melipat dengan rasa paksa. Aku letakkan selimut di atas bantal. Tempat tidur orang sebelah aku lihat sekilas. Sejuk dan dingin pembaringan itu tanpa ada empunya beristirehat. Semalam aku tidur seorang lagi. Mengulit dalam mimpi pon seorang.. tiada teman seperti selalunya, orang sebelah ada. Bangun dan celik mata pagi ini pon tiada orang yang jagakan. Mengeluh. 

Sudah biasa ditemankan. Bila tinggal seorang, naik sepi, naik sunyi. Sudah terbiasa menyandar, bila berdiri sendiri, letihlah aku..lenguh.

Dalam kelajuan masa ini, inspirasi aku hilang (tidak tahu jika dia mahu pulang). Hanya meneruskan saki baki minit yang tertinggal dengan kenangan yang ada sebekas cuma.